I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung

Oleh Husna Hazmi 25 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Dakwaan telah ditukar kepada kes bunuh tanpa niat.

Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung. Dilaporkan, seorang bekas pekerja kem balak terselamat daripada tali gantung selepas dakwaan membunuh isteri pada 2014 ditukar kepada membunuh tanpa niat di Mahkamah Rayuan di Kuching, hari ini.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk See Mee Chun sebulat suara meminda pertuduhan perayu, Serberry Selih Kaya, berusia 32 tahun, daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan.

Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung
Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung. Gambar sekadar hiasan

Hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Keputusan dibuat susulan mahkamah mendapati perayu tidak mempunyai niat membunuh mangsa sekali gus tidak menepati pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana niat membunuh tidak dapat dibuktikan.

Di samping itu, mahkamah menetapkan perayu agar dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan perayu iaitu pada 4 Julai 2014. 

Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung

Terdahulu, didapati bersalah membunuh isteri gara-gara cemburu

Terdahulu, perayu di dapati bersalah membunuh Jara Jimbat berusia 52 tahun gara-gara cemburu di koridor flat kediaman mereka di Sibu Jaya antara jam 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari pada 4 Julai 2014.

Seramai 15 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan terhadap tertuduh.

Perayu dilaporkan telah menyerahkan diri sejurus selepas kejadian tersebut berlaku.

Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung

Merampas telefon bimbit isterinya

Sebelum kejadian berlaku, perayu dilaporkan telah merampas telefon bimbit isterinya untuk memeriksa telefonnya dan tindakan itu telah menyebabkan mereka berdua bergelut.

Laporan terdahulu juga menyatakan mangsa telah rebah di koridor luar rumah mereka dan mengalami kecederaan serius di leher serta disahkan maeninggal dunia di tempat kejadian. Pasangan itu telah berkahwin pada tahun 2012 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun pada ketika itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fairuz Johari dan perayu diwakili peguam Simon Siah.

Baca lagi cerita menarik di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Banyak Makanan Sikpat Dimakan? Baca Explanation Tok Dolok Ini Rupanya Sebab Mengapa Masyarakat Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan
Next Article Legenda Arung Salamiah, Kisah Cinta Pilu Pulau Bohey Dulang Sabah

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?