• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kantoi Jual ‘Pomade’ Tiruan, Empat Premis Perniagaan Terkenal Di Bintulu Diserbu

Oleh
Aina Musa
12 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kantoi Jual 'Pomade' Tiruan, Empat Premis Perniagaan Terkenal Di Bintulu Diserbu

Padah jual minyak rambut tiruan

Kantoi Jual ‘Pomade’ Tiruan, Empat Premis Perniagaan Terkenal Di Bintulu Diserbu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Bintulu telah menyita 435 barangan berharga lebih daripada RM3,000 di empat pasar raya yang terkenal di Bintulu pada Selasa.

Barangan tersebut disyaki sebagai tiruan minyak rambut ‘pomade’ yang menggunakan cap dagangan secara salah mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

Kantoi Jual 'Pomade' Tiruan, Empat Premis Perniagaan Terkenal Di Bintulu Diserbu
Kantoi Jual ‘Pomade’ Tiruan, Empat Premis Perniagaan Terkenal Di Bintulu Diserbu. Kredit: Utusan Borneo

Boleh didenda sehingga RM 15K

Terdapat enam kes telah direkodkan mengikut Akta Cap Dagangan 2019 bagi tempoh dari 1 Januari hingga Rabu.

Setiap kesalahan akan disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019. Pertubuhan perbadanan yang terlibat akan didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar.

Kantoi Jual 'Pomade' Tiruan, Empat Premis Perniagaan Terkenal Di Bintulu Diserbu
Gambar hiasan

Serbuan berkala lebih banyak dilakukan lebih-lebih lagi musim perayaan

Bagi individu, mereka akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. KPDN Bintulu akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang harta intelek dan membanteras penjualan barangan tiruan dengan kerjasama wakil pemilik cap dagangan berdaftar di negara ini terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri.

Orang ramai diminta lebih berhati-hati dalam urus niaga dalam talian terutama membabitkan barang tiruan berjenama serta tidak bersubahat dengan membeli barangan tiruan daripada peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Baca lagi artikel terkini:

Trauma Beli Makanan Di Bazar, Wanita Terkejut Temui ‘Gigi Berlubang’ Dalam Kuih Vadai
Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah
Next Article ‘Musuh Dalam Selimut Adalah Kawan Baik’, Lelaki Sabah Ini Bengang Ditipu Rakan Baik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?