• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah

Oleh
ILB - AI
12 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah

Semua maklumat mengenai kes ini akan tersedia dalam laman web ini

Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah. Dilaporkan kerajaan Malaysia hari ini telah melancarkan laman web Malaysia-SuluCase.gov.my bagi memberikan informasi berkaitan tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu terhadap Sabah.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan naratif sejarah dan kronologi kes perundangan yang sahih serta menjelaskan keraguan-keraguan berkaitan fakta yang dikemukan oleh pihak penuntut.

Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah

Tersedia dalam 5 bahasa

Malaysia kini sedang menghadapi prosiding di beberapa buah negara Eropah berkenaan tuntutan ini, iaitu Perancis, Sepanyol, Luxembourg dan Belanda.

Oleh itu, laman web Malaysia-SuluCase.gov.my boleh diakses dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Tagalog, bagi membolehkan pelbagai pihak serta media antarabangsa mengikuti dan memahami kes ini melalui fakta dan informasi yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia.

Kredit: NST

Rakyat Malaysia diharapkan untuk mengakses laman web ini untuk memahami kes dengan teliti

Kerajaan turut menyatakan harapan mereka kepada rakyat Malaysia untuk melayari laman web ini untuk memahami kes dengan teliti, kerana keputusan yang memihak kepada pihak penuntut akan memberikan kesan besar dan serius kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

Kerajaan Malaysia turut menyatakan mereka akan terus memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan, dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan ini.

Kredit: Alyaa Alhadjri / malaysiakini

Baca artikel berikut untuk mengetahui mengapa tuntutan mereka tidak berasas:

Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina

Sebelum ini, Google Maps kena ‘hack’ dan beberapa lokasi di Sabah ditukar ke lokasi Filipina:

Airport Sandakan Ditukar Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Cetus Kemarahan Warga Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Melakukan Perbuatan Keji, Remaja Lelaki Rogol Kucing Di Koridor
Next Article Kantoi Jual 'Pomade' Tiruan, Empat Premis Perniagaan Terkenal Di Bintulu Diserbu Kantoi Jual ‘Pomade’ Tiruan, Empat Premis Perniagaan Terkenal Di Bintulu Diserbu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?