• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kantoi Masuk Kuching Guna Jalan Tikus, 6 PATI Indonesia Diusir Keluar Oleh TDM

Oleh
Farisha
17 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

TDM berjaya sekat kemasukan 6 PATI Indonesia melalui lorong tikus di Kuching

Kantoi Masuk Kuching Guna Jalan Tikus, 6 PATI Indonesia Diusir Keluar Oleh TDM. Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan percubaan enam warga Indonesia untuk memasuki Malaysia melalui lorong tikus.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen menerusi satu kenyataan memaklumkan, pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan oleh pasukan TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) semasa melakukan rondaan di Sektor Pos GABMA Biawak, berhampiran lorong tikus, kira-kira 118 meter dari sempadan Indonesia.

Kantoi Masuk Kuching Guna Jalan Tikus, 6 PATI Indonesia Diusir Keluar Oleh TDM
Kantoi Masuk Kuching Guna Jalan Tikus, 6 PATI Indonesia Diusir Keluar Oleh TDM

Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada pukul 4.10 petang, Sabtu. Anggota tentera terserempak keenam-enam PATI sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia lalu menahan dan memeriksa mereka. Siasatan mendapati mereka dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia.

Antara barang yang dirampas pihak berkuasa

Difahamkan tiada barang terlarang atau berbahaya dijumpai bersama mereka. Bagaimanapun, barangan seperti wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian bernilai RM10,020 dirampas.

Keenam-enam PATI dibawa ke sempadan negara untuk diusir keluar. Laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan pengusiran mengikut peraturan semasa. Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis memuji anggotanya dan berjanji TDM akan terus memperketat kawalan sempadan untuk melindungi kedaulatan negara.

Baca juga artikel yang berkaitan:

5 PATI Cuba Masuk Sarawak Diusir Keluar Oleh TDM
Demi Dapatkan Kerakyatan, Wanita Di Sabah Didapati Bersalah Daftar Dua Jiran Lelaki Sebagai Anak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia
Next Article Gara-Gara Mengumpat Belakang, Lelaki Mengamuk Dan Tengking Pekerja Wanita Di Dobi Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?