• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Karim Hamzah : SOP JPBNS Terutamanya Keperluan Permit Polis Rentas Daerah Perlu Diperhalusi

Oleh
Husna Hazmi
30 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tatacara kemasukan ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah juga perlu diperhalusi.

Karim Hamzah : SOP JPBNS Terutamanya Keperluan Permit Polis Rentas Daerah Perlu Diperhalusi. Dipetik daripada laporan Utusan Bonrneo, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) perlu diperhalusi lagi semula keperluan permit polis bagi tujuan rentas daerah.

Isi Isi Penting
  • Tatacara kemasukan ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah juga perlu diperhalusi.
  • Beliau secara peribadi tidak begitu setuju dengan syarat ini
  • Perhalusi semula tatacara kemasukan ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah 
  • Pembukaan semula aktiviti pelancongan, sukan dan rekreasi di bawah Fasa 3
Karim Hamzah : SOP JPBNS Terutamanya Keperluan Permit Polis Rentas Daerah Perlu Diperhalusi
Karim Hamzah : SOP JPBNS Terutamanya Keperluan Permit Polis Rentas Daerah Perlu Diperhalusi

Beliau secara peribadi tidak begitu setuju dengan syarat ini

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, beliau secara peribadi tidak begitu setuju dengaan syarat ini. 

“Saya percaya ada garis panduan (SOP) tertentu ditetapkan apabila sektor kita sudah dibuka dan permit polis tidak perlu lagi. 

“Saya difahamkan timbul banyak masalah untuk mendapatkan permit polis dan kita akan lihat perkara ini dengan terperinci,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Program Ziarah Belia @ Samariang 2021 di Dewan Malaysia Jaya pada hari ini.

Turut hadir bersama adalah Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Nancy Jolhi. 

Karim Hamzah : SOP JPBNS Terutamanya Keperluan Permit Polis Rentas Daerah Perlu Diperhalusi

Perhalusi semula tatacara kemasukan ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah 

Selain daripada permit polis bagi tujuan rentas daerah, JPBNS menurut Abdul Karim juga perlu perhalusi semula tatacara kemasukan ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah. 

Beliau menjelaskan bahawa terlalu banyak masalah untuk individu kembali ke Sarawak dan pertama sekali adalah permit polis, kedua kelulusan JPBNS secara dalam talian dan ketiga adalah ujian calitan.

“Kadang-kadang tiket penerbangan hangus kerana JPBNS belum memberi kelulusan ini. Perkara seperti ini perlu diambil kira lagi. 

“Bagi saya kalau sudah lengkap dua dos vaksin, apa yang hendak dibimbangkan lagi,” tambah beliau. 

Karim Hamzah : SOP JPBNS Terutamanya Keperluan Permit Polis Rentas Daerah Perlu Diperhalusi

Pembukaan semula aktiviti pelancongan, sukan dan rekreasi di bawah Fasa 3

Mengenai pembukaan semula aktiviti pelancongan, sukan dan rekreasi di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan bermula esok, Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata aktiviti yang dibenarkan di peringkat nasional juga dipanjangkan di Sarawak. 

“Pada masa ini apa yang telah diletakkan oleh pusat juga merangkumi negeri Sarawak. 

“Hanya dua tiga perkara kemungkinan memerlukan JPBNS memperhalusi, tetapi secara amnya apa yang telah diluluskan dan dibentangkan dalam Fasa 3 PPN di Semenanjung juga terpakai di sini,” ujar beliau. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mulai 1 Oktober 2021, Semua Aktiviti Keagamaan Akan Dibenarkan Di Seluruh Sarawak Mulai 1 Oktober 2021, Semua Aktiviti Keagamaan Akan Dibenarkan Di Seluruh Sarawak
Next Article SOP Pergerakan Kanak-Kanak JPBNS Dan Pelancongan Domestik Ke Sarawak Jadi Persoalan Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?