Satu kata boleh bergerak, satu lagi kata tak boleh. Mana satu?
SOP Pergerakan Kanak-Kanak JPBNS Dan Pelancongan Domestik Ke Sarawak Jadi Persoalan Netizen. Mulai 1 Oktober 2021, aktiviti pelancongan di Sarawak dibenarkan dengan syarat mengikut SOP yang perlu dipatuhi oleh setiap individu. Bagi individu yang ingin melancong ke Sarawak (dari Sabah, Labuan dan Semenanjung), mereka dikehendaki untuk memohon permit polis, mengisi enterSarawak, telah mengambil dos lengkap vaksin dan menjalani ujian saringan RT-PCR dalam masa 3 hari sebelum penerbangan dan disahkan negatif.
- Satu kata boleh bergerak, satu lagi kata tak boleh. Mana satu?
- SOP pergerakan kanak-kanak bercanggah?
- SOP Kemasukan ke Sarawak untuk Pelancongan Domestik
- SOP PPN Fasa 3 Sarawak – Kawalan Pergerakan
- “Kanak-kanak luar Sarawak boleh ke tempat pelancongan? Tapi kanak-kanak dalam Sarawak masih tak boleh?” – Netizen
- Selaraskan SOP pelancongan dan pergerakan kanak-kanak dalam Sarawak
- Menteri Pelancongan Sarawak, Karim Hamzah juga menggesa JPBNS untuk mempertimbangkan keperluan permit polis untuk rentas daerah. Selanjutnya di sini :
- Bayi pandemik berpotensi miliki IQ rendah? Baca hasil kajian menerusi artikel ini :
Bagi individu yang ingin membawa seisi keluarga untuk melancong ke negeri ini, mereka juga dibenarkan untuk membawa anak-anak yang berusia 17 tahun ke bawah. Dengan syarat, ibu bapa mestilah telah lengkap dos vaksin dan anak-anak ini mestilah berada bersama mereka sepanjang masa.
SOP pergerakan kanak-kanak bercanggah?
Namun demikian, SOP ini sedikit bercanggah dengan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 Sarawak yang baru sahaja dikemaskini pada 29 September yang lalu. Menerusi SOP terbaharu ini, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah di Sarawak tidak dibenarkan untuk keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak tanpa alasan yang munasabah.

Anda boleh merujuk percanggahan SOP pergerakan untuk kanak-kanak di antara pelancongan domestik ke Sarawak dan SOP JPBNS seperti berikut;
SOP Kemasukan ke Sarawak untuk Pelancongan Domestik
SOP PPN Fasa 3 Sarawak – Kawalan Pergerakan
“Kanak-kanak luar Sarawak boleh ke tempat pelancongan? Tapi kanak-kanak dalam Sarawak masih tak boleh?” – Netizen
Perkara ini dibangkitkan oleh netizen di laman komen hantaran Facebook Tourism Malaysia Sarawak berkaitan SOP terbaharu untuk pelancongan domestik ke Sarawak oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak.
“Pelik juga. Jika kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh keluar, macam mana nak seronok melancong? Takkan nak tinggalkan anak di rumah, kita (orang dewasa/ibu bapa) sahaja yang melancong? Barangkali sebenarnya (SOP) ini khas untuk golongan tidak berkeluarga sahaja. Pergi zoo tak boleh, pergi ke pusat beli belah pun tak boleh. Semuanya tempat yang ramai orang. Maklumlah baru dapat nak keluar bersiar-siar. Sekadar luahan perasaan ibu bapa yang ingin membawa anak pergi berjalan,”
Netizen
“Pening saya dengan SOP PPN Fasa 3. Budak-budak tak boleh keluar ke tempat awam tetap dalam SOP (kemasukan ke Sarawak) boleh pula budak-budak melancong,”
NetizenSOP pergerakan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang sedia ada di Sarawak ini sememangnya menimbulkan kekeliruan, apatah lagi jika dibandingkan dengan SOP pelancongan domestik ke Sarawak.
Ditambah pula dengan kekangan sekatan pergerakan antara daerah dan zon di Sarawak, urusan pelancongan ini dilihat agak berat sebelah di mana ianya memberi lebih banyak kelebihan kepada pelancong dari luar Sarawak berbanding penduduk Sarawak sendiri yang masih tersekat bergerak untuk tujuan lain seperti sosial, ekonomi dan pelancongan di dalam negeri sendiri.
Selaraskan SOP pelancongan dan pergerakan kanak-kanak dalam Sarawak
Inisiatif perintis pelancongan ini adalah petanda yang sangat baik untuk merangsang semula sektor pelancongan yang semakin lemah dan tidak berdaya. Namun, dalam pada masa yang sama, rakyat juga sudah lama terkurung di kawasan masing-masing sehingga menyumbang kepada masalah-masalah besar seperti keganasan domestik, kemurungan, serta peningkatan kes bunuh diri.
Bukan itu sahaja, interaksi dunia luar yang kurang dalam kalangan kanak-kanak pandemik ini boleh menyebabkan perkembangan kognitif mereka perlahan dan tidak secerdas anak-anak pra-pandemik. Apatah lagi mereka terpaksa menghadapi sesi pembelajaran dalam talian untuk jangka masa yang lama. Jika orang dewasa pun boleh merasa lelah dengan persekitaran seperti ini, begitu juga dengan kanak-kanak.
Diharap pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan isu percanggahan SOP ini dengan segera agar rakyat dapat menikmati kehidupan biasa berdasarkan norma baharu secara berperingkat.
