• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagi Penampakan Rare Di Pulau Mabul, Penyelam Sempat Rakam Dugong Buat Teruja

Oleh
Nazihah AN
18 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Lagi Penampakan Rare Di Pulau Mabul, Penyelam Sempat Rakam Dugong Buat Teruja

Penyelam Teruja lihat dugong di Perairan Mabul

Lagi Penampakan Rare Di Pulau Mabul, Penyelam Sempat Rakam Dugong Buat Teruja. Pulau Mabul, destinasi menyelam terkenal di Semporna, telah mencuri perhatian ramai apabila seekor dugong dilihat berenang di perairannya baru-baru ini. Kejadian ini dirakam oleh pengendali selam dan resort Aloha Mabul Scuba Lodge, sebelum video tersebut dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp oleh Adzmin Fatta, pengurus program Reef Check.

“Ini adalah kali pertama dugong (Dugong dugon) disahkan berada di Mabul, Semporna,” kata Adzmin. “Video tersebut menunjukkan gerak-geri anggun dugong ketika ia sedang meragut rumpai laut Halophila,” tambahnya.

Lagi Penampakan Rare Di Pulau Mabul, Penyelam Sempat Rakam Dugong Buat Teruja
Tangkapan layar : FB Aloha Mabul Scuba Lodge via The Borneo Post

Sebelum ini, dilaporkan sebuah dugong juga dilihat di pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Pulau Mabul yang terletak berhampiran Pulau Sipadan sering menjadi tumpuan pelancong untuk menyelam. Selain Sipadan, terumbu karang di sekitar Mabul, seperti Paradise 1, juga terkenal dengan hidupan marin yang unik seperti sotong flamboyan, sotong gelang biru, kuda laut kecil, ikan katak, ikan paip hantu, dan ikan badut.

Penemuan dugong ini mencetuskan rasa teruja dalam kalangan pencinta alam sekitar. “Ini adalah detik yang mengagumkan bagi kita yang mencintai hidupan laut. Pada masa sama, ia menjadi peringatan penting untuk melindungi ekosistem rumpai laut kita — bukan sahaja untuk penyu dan ikan tetapi juga untuk mamalia laut yang jarang ditemui seperti dugong ini,” jelas Adzmin.

Beliau juga berharap penemuan ini akan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat tempatan dan industri selam bagi menggalakkan amalan pemuliharaan yang baik.

Dengan harapan, ekosistem di Pulau Mabul kekal terpelihara

“Saya ingin menggalakkan interaksi yang bertanggungjawab jika ada yang berpeluang melihat mamalia ini lagi di Mabul. Kekalkan jarak selamat untuk mengelakkan gangguan dan elakkan daripada berkumpul dalam jumlah yang terlalu ramai, yang boleh menyebabkan tekanan kepada dugong tersebut.

“Paling penting, saya berharap dugong ini tidak terdedah kepada ancaman manusia termasuk letupan ikan, pelanggaran bot, dan kemungkinan pemburuan haram,” tambahnya lagi.

Aloha Mabul Scuba Lodge turut mengesahkan bahawa penemuan dugong ini memang berlaku dan menjadi kenangan yang pasti tidak akan dilupakan oleh mereka yang berpeluang menyaksikannya.

Baca juga artikel menarik di bawah:

5 Pulau Tercantik Di Sabah Yang Anda Mesti Kunjungi
Spesis ‘Rare’ Dan Terancam, Pelancong Rakam Kelibat Jerung Mako Di Pulau Mabul Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suspek Mengaku Bunuh, Rompak Asikin Demi Belanja Tonton Bola Di Kemboja
Next Article Nyanyian Karol Dihentikan Sekejap Untuk Hormati Azan Di Sarawak Buat Netizen Terharu Nyanyian Karol Dihentikan Sekejap Untuk Hormati Azan Di Sarawak Buat Netizen Terharu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?