I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Notification Show More
Latest News
Kenalilah Kisah Bujang Senang, Buaya Ke-Tiga Terbesar Di Dunia
Kenali Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia
22 Mei 2022
Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong
Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong
21 Mei 2022
Ini 5 Aplikasi Graphic Design Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Mudah Dipakai
Ini 5 Aplikasi Graphic Design Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Mudah Dipakai
21 Mei 2022
Fikir Sama Jenis, Rupa-Rupanya Ada Dua Jenis Coca-Cola Ori Di Pasaran
Fikir Sama Jenis, Rupa-Rupanya Ada Dua Jenis Coca-Cola Ori Di Pasaran
21 Mei 2022
Jangan Buang Pas Masuk Anda Dalam Tong Sampah Awam, Ini 4 Rahsia Penerbangan Anda Perlu Tahu
Jangan Buang Pas Masuk Anda Dalam Tong Sampah Awam, Ini 4 Rahsia Penerbangan Anda Perlu Tahu
21 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 26/08/20 3:53 PM
Kongsi
4 Min Bacaan
BeFunky collage364 Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Kongsi

Ingatkan animasi luar negara, rupanya hasil studio animasi anak Sabah!

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah. Jika anda mempunyai anak kecil yang gemar menonton rancangan kartun animasi, pasti anak-anak anda mengenali rancangan kartun Cam & Leon yang ditayangkan di saluran televisyen tempatan serta beberapa saluran kanak-kanak di internet.

Nampak macam dihasilkan oleh tenaga luar negara kan? Tapi tahukah anda bahawa animasi ini adalah salah satu rancangan animasi yang dihasilkan oleh studio yang diasaskan oleh anak jati Sabah.

Wow!

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah

Giggle Garage diasaskan oleh anak Sabah, Juhaidah Joemin

Studio animasi yang berpangkalan di Cyberjaya ini diasaskan oleh Juhaidah Joemin. Beliau berasal dari sebuah perkampungan kecil di Kota Belud, Sabah. Minatnya yang mendalam terhadap kartun animasi sejak dari kecil telah berjaya membuatkannya membina empayar studio animasi yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki.

Juhaidah merupakan lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Filem dan Animasi dari Multimedia University, Cyberjaya. Beliau menubuhkan studio animasi Giggle Garage bersama 3 staf yang lain pada tahun 2010, iaitu sejurus selepas 10 tahun beliau menamatkan pengajian.

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah 12

Studio tersebut kini diterajui oleh Juhaidah bersama suaminya dengan kakitangan seramai 70 orang yang memainkan peranan masing-masing dalam penghasilan kandungan kreatif yang segar dan menarik.

Studio underrated, telah tayang animasinya ke beratus negara di seluruh dunia

Syarikat animasi ini boleh dikatakan underrated kerana telah mencapai pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa walau pun kurang diketahui umum seperti studio animasi lain di Malaysia.

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah 13

Antara anugerah yang pernah dimenanginya ialah Animasi 3D Terbaik di Anugerah TV Asia 2016 serta pemenang keseluruhan untuk Pertandingan Karakter ASEAN-Jepun 2016 untuk karya Origanimals.

Terbitkan animasi ori Netflix, Kazoops

Bukan itu sahaja, Giggle Garage juga telah menghasilkan siri animasi original Netflix yang bertajuk Kazoops. Rancangan animasi yang dikongsi terbit bersama Australia dan United Kingdom ini telah ditayangkan di 180 buah negara dalam 21 bahasa!

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah 14

Selain itu, rancangan animasi yang lain seperti Cam & Leon serta Boing The Play Ranger juga telah ditayangkan masing-masing di 42 dan 120 buah negara di seluruh dunia. Ini menjadikan Giggle Garage sebagai pembekal kandungan animasi yang besar ke seluruh dunia.

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah 15

Studio animasi Giggle Garage ini kini telah mendapat status sebagai syarikat Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia iaitu status yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada syarikat yang membangunkan atau menggunakan teknologi multimedia dalam servis, perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.

Juhaidah ikon wanita dalam berani melangkah ke dunia animasi

Juhaidah juga telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Wanita (Digital) semasa Konvensyen Usahawan Wanita 2019. Jelas Juhaidah, pembabitannya dalam dunia animasi adalah satu pengorbanan dan cabaran yang besar.

Ini kerana bidang animasi adalah bidang kerja dengan persekitaran yang pantas dan waktu bekerja yang panjang. Kebiasaannya, kehidupan sedemikian tidak ideal untuk wanita yang mahu membina keluarga. Namun, beliau bertekad untuk keluar dari zon selesa dan menyeimbangkan kehidupannya.

Wah! Nampaknya bidang animasi digital di negara ini semakin berkembang rancak dan subur. Semoga Giggle Garage dan syarikat animasi yang lain di Malaysia semakin maju dan menjadi hub animasi untuk pasaran dunia.

Di Sarawak pula, video travel terbitan anak Sarawak sendiri ini telah merangkul beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Baca cerita selanjutnya ini :

Nur Afifah 26 Ogos 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BeFunky collage362 Isu Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock Di Sibu, Netizen Tampil Pertahan Tindakan Isu Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock Di Sibu, Netizen Tampil Pertahan Tindakan
Next Article Bekerja Sebagai Arkitek, Lelaki Ini Rupa-Rupanya Pencipta Bendera Jalur Gemilang Bekerja Sebagai Arkitek, Lelaki Ini Rupa-Rupanya Pencipta Bendera Jalur Gemilang

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Kenalilah Kisah Bujang Senang, Buaya Ke-Tiga Terbesar Di Dunia
Cerita Borneo

Kenali Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia

22 Mei 2022
Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong
Cerita Borneo

Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong

21 Mei 2022
Ini 5 Aplikasi Graphic Design Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Mudah Dipakai
Cerita Borneo

Ini 5 Aplikasi Graphic Design Yang Sesuai Untuk Beginner Dan Mudah Dipakai

21 Mei 2022
Fikir Sama Jenis, Rupa-Rupanya Ada Dua Jenis Coca-Cola Ori Di Pasaran
Cerita Borneo

Fikir Sama Jenis, Rupa-Rupanya Ada Dua Jenis Coca-Cola Ori Di Pasaran

21 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?