I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

Oleh Nazihah AN 7 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

Filem pendek animasi yang sungguh menarik! Syabas All For One Productions!

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia. Selain filem action dan horror, pasaran untuk filem animasi juga sangat besar di beberapa negara. Memang tidak dapat dinafikan lagi filem animasi keluaran Malaysia seperti Boboiboy, Ejen Ali, Upin & Ipin dan sebagainya memang power semuanya.

Namun, pernahkah anda mendengar filem animasi Kadazan? Filem Legend Of Ancient Borneo ialah filem pendek animasi berdasarkan webcomic yang telah diterbitkan sendiri oleh Kwan Thung Seng @ Aks Kwan dan Robertson Sondoh Jr. dan ianya dianimasikan sepenuhnya di Sabah. Filem pendek berdurasi 8 minit ini ditayangkan di laman Youtube All For One Productions Sdn. Bhd.

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Ketahui ‘Legend Of Ancient Borneo’, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia. (Aks Kwan dan Robertson Sondoh Jr.) Sumber: Instagram @robertsonsondohjr
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Ketahui ‘Legend Of Ancient Borneo’, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia. Geoffrey Sinn, Penerbit filem Legend of Ancient Borneo.

Filem bergenrekan fantasi dan dongeng ini dapat menyerlahkan bakat animasi anak tempatan Sabah

Penerbit filem Legend of Ancient Borneo, Geoffrey Sinn berkata ramai anak tempatan Sabah mempunyai bakat dan kreativiti tersendiri namun belum ditunjukkan kepada masyarakat luar. Melalui filem animasi ini, ianya bukan sahaja dapat mencungkil bakat animasi anak Sabah tetapi juga memperkenalkan budaya masyarakat Sabah kepada dunia luar.

“Kita mempunyai ramai anak-anak tempatan yang berbakat namun, mereka tidak mempunyai peluang untuk menunjuk dan menyerlahkan bakat mereka kepada masyarakat. Oleh sebab itu, dalam penghasilan filem animasi ini kami menggunakan hampir sepenuhnya dengan bakat tempatan untuk memastikan pembangunan industri kreatif di Sabah terus berkembang.” kata beliau kepada pihak media.

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Ketahui ‘Legend Of Ancient Borneo’, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

Turut dibantu oleh artis-artis yang berbakat!

Berdasarkan filem yang diadaptasi dari komik fantasi ini, ianya adalah karya fiksyen yang diilhamkan oleh cerita dongeng tempatan di Sabah bertujuan untuk menarik minat dan terhadap budaya dan warisan Borneo. Filem ini juga turut dibantu oleh artis animasi dari Kuala Lumpur dan komposer dari Kuching.

Selain itu, salah seorang artis tempatan turut terlibat dalam pembuatan filem ini iaitu pengukir seni arca kayu dari Sabah, Rizo Leong. Beliau juga antara kolektif seni Sabahan yang terkenal iaitu Pangrok Sulap, untuk memperkasakan masyarakat luar bandar melalui seni.

Anda boleh tonton Legend Of Ancient Borneo di sini:

Sungguh teruja!

Walaupun dalam penceritaan filem pendek ini berdasarkan dongeng dan fantasi. Tetapi apa yang menariknya berkenaan filem animasi pendek ini, ianya diceritakan dalam bahasa Kadazan dan juga kesemua watak-watak dan latar belakang mempunyai elemen suku-suku kaum rakyat tempatan Sabah.

Berdasarkan animasi tersebut, suara penceritaan dan beberapa dialog pendek ini dilakukan oleh pelakon Sabah itu sendiri, Boni Mosios, yang juga pernah menjadi suara latar dalam filem tempatan ‘Huminodun‘. Beliau sememangnya mempunyai ‘deep voice‘ yang sangat sesuai dengan genre yang berkait dengan fantasi, dongeng dan legenda.

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Ketahui ‘Legend Of Ancient Borneo’, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia. Boni Mosios menjadi suara latar dalam filem animasi Legend Of Ancient Borneo. Sumber : The Star

Dijangka filem ini bakal ditayangkan sebagai siaran bersiri

Geoffrey Sinn berkata bahawa, pada masa sekarang beliau dan kru penerbitannya tengah berusaha membangunakan filem animasi ini untuk berkembang sebagai siaran bersiri animasi yang bakal ditayangkan di beberapa saluran TV dan di atas talian (online) pada hujung tahun 2023 nanti. Beliau juga masih giat mencari pelabur dan kolaborator untuk mengembangkan lebih banyak kandungan animasi tempatan Sabah ini.

“Saya percaya bahawa ianya sangat penting untuk kerajaan untuk memerhatikan pengembangan industri animasi dan kreatif tempatan kerana ia mewakili penanda aras industri animasi Sabah tempatan. Saya berharap karya animasi dari Sabah akan jauh lebih baik daripada ini.”

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Ketahui ‘Legend Of Ancient Borneo’, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

Admin juga tidak sabar menunggu animasi bersiri ini bakal ditayangkan! Filem berdurasi 8 minit sahaja sudah menarik minat admin, apa lagi bila dibuat secara bersiri, kan? Anda pulak bagaimana? Boleh kongsi pendapat anda di ruangan komen.

Menarik kan? Selain itu, animasi kartun yang popular iaitu Cam & Leon juga keluaran anak Sabah! Boleh baca di artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Next Article Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah All-in-1 Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?