• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kastam Sarawak Rampas Kenderaan Mewah Bernilai RM8.1 Juta Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
15 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kastam Sarawak Rampas Kenderaan Mewah Bernilai RM8.1 Juta Di Kuching

Syarikat Gagal Patuhi Akta Kastam, 10 Kenderaan Mewah Disita

Kastam Sarawak Rampas Kenderaan Mewah Bernilai RM8.1 Juta Di Kuching. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak telah merampas 10 buah kenderaan mewah daripada pelbagai jenama asing dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah premis di sini pada 2 September lalu.

Menurut Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya, serbuan itu dilakukan di sebuah premis yang menjadi tempat kenderaan-kenderaan tersebut disimpan. Semasa pemeriksaan dilakukan, semua kenderaan didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 75(b) Akta Kastam 1967.

Kastam Sarawak Rampas Kenderaan Mewah Bernilai RM8.1 Juta Di Kuching

Siasatan di Bawah Akta Kastam 1967

“Jumlah keseluruhan nilai kenderaan yang dirampas adalah sebanyak RM8,129,825, termasuk cukai dan duti yang tidak dibayar sebanyak RM4,984,825,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan modus operandi syarikat tersebut adalah memindahkan kenderaan yang belum diperiksa dan diluluskan oleh Kastam ke premis atau gudang yang tidak berlesen, yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967.

Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 138 dan Seksyen 75(b) Akta Kastam 1967. Jika didapati bersalah, individu atau syarikat yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Norizan turut memaklumkan bahawa Kastam Sarawak giat menjalankan operasi penguatkuasaan bagi memerangi penyeludupan rokok dan arak keras.

“Antara bulan Julai hingga Ogos tahun ini, JKDM berjaya merampas sebanyak 2,429,728 batang rokok yang bernilai RM2,111,602.87 termasuk cukai dan duti, serta arak keras bernilai RM920,292.57,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menjadi ‘mata dan telinga’ pihak kastam dengan melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan melalui talian bebas tol 1-800-88-8855 atau dengan melawat pejabat kastam yang terdekat.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Perbezaan Ciri Unik Burung Enggang Badak, Burung Tukan Dan Enggang Besar Ketahui Perbezaan Ciri Unik Burung Enggang Badak, Burung Tukan Dan Enggang Besar
Next Article Perenang Sensasi Sukma Sarawak, Kelly Yao Teo Raih Insentif Tertinggi RM 96K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?