• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kaya Dengan Nutrisi, Ketahui Buah Tampoi Buah Hutan Pilihan Rakyat Sarawak

Oleh
Aina Musa
31 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kaya Dengan Nutrisi, Ketahui Buah Tampoi Buah Hutan Pilihan Rakyat Sarawak

Buah tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea microcarpa

Kaya Dengan Nutrisi, Ketahui Buah Tampoi Buah Hutan Pilihan Rakyat Sarawak. Di Sarawak, buah tampoi sememangnya sangat popular dan sentiasa menjadi dambaan masyarakat Sarawak.

Kaya Dengan Nutrisi, Ketahui Buah Tampoi Buah Hutan Pilihan Rakyat Sarawak
Kaya Dengan Nutrisi, Ketahui Buah Tampoi Buah Hutan Pilihan Rakyat Sarawak. Kredit: Negeri Sembilan

Beberapa nama lain yang diberi pada buah tampoi adalah seperti tampoi batang, tampui, larah, merkeh, ngeke dan juga tampoi bulan.

Ada yang mengatakan bahawa rasa buah tampoi ini seakan-akan rasa buah rambai iaitu ada rasa-rasa masam manis dan kelat sedikit.

Dikatakan mempunyai banyak khasiat dan nutrisi?

Namun begitu ada juga yang mengatakan rasanya akan menjadi manis apabila sudah matang. Walau apa jua rasanya samada masam manis atau manis seumpama gula sekalipun, buah tampoi ini tetap menjadi antara buah-buah pencuci mulut bagi masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa sejak dari dahulu lagi.

Kaya Dengan Nutrisi Dan Manfaat, Kenali Buah Tampoi Buah Hutan Pilihan Rakyat Sarawak

Buah tampoi yang biasa dipanggil tampui, kaya dengan khasiat dan vitamin. Buah yang agak jarang ditemui ini hidup di sekitar kawasan hutan tropika Borneo. Ternyata buah ini mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk tubuh.

Ini penjelasannya

Menurut beberapa kajian sedia ada, buah ini mempunyai kandungan antioksidan yang kuat.

Selain itu, buah yang sering dipanggil tampui ini juga mengandungi pecahan etil asetat yang berfungsi menghalang aktiviti antibakteria dan pertumbuhan E.coli dan S. aureus.

Kandungan nutrisi dalam buah ini antara lain vitamin C, lemak, karbohidrat, serat, dan kandungan air di dalamnya dapat mencapai sekitar 61 peratus. Selain itu, buah ini juga mengandungi sebatian kimia aktif, alkaloid, saponin, dan flavonoid.

Kaya Dengan Nutrisi Dan Manfaat, Kenali Buah Tampoi Buah Hutan Pilihan Rakyat Sarawak
Juga baik untuk ibu mengandung. Kredit: SENSITIF – Pregnancy Test

Sebenarnya masyarakat terdahulu lebih mengenali buah ini untuk dijadikan ubat semula jadi bagi melancarkan haid, sakit perut, melancarkan kencing, dan sebagai rawatan sembelit.

Jadi, tidak hairanlah buah tampoi ini menjadi pilihan masyarakat di Sarawak sejak dahulu lagi. Bukan sahaja sedap dan enak, malah buah ini turut mempunyai seribu satu khasiat.

Baca lagi artikel menarik:

Dikenali Sebagai Almond Sarawak, Kenali Buah Empit Buah ‘Favorite’ Masyarakat Iban
Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemalangan Berantai Di Jalan Sibu-Bintulu, 4 Orang Cedera Termasuk Bayi 3 Bulan
Next Article Peluang Miliki Sebahagian Pulau Pom Pom Di Sabah Dengan Harga RM18 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?