• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dikenali Sebagai Almond Sarawak, Kenali Buah Empit Buah ‘Favorite’ Masyarakat Iban

Oleh
Aina Musa
26 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dikenali Sebagai Almond Sarawak, Kenali Buah Empit Buah 'Favorite' Masyarakat Iban

Betul ke rasa macam almond?

Dikenali Sebagai Almond Sarawak, Kenali Buah Empit Buah ‘Favorite’ Masyarakat Iban. Penduduk Sarawak terutamanya masyarakat Iban pasti mengenali buah empit ini.

Dikenali Sebagai Almond Sarawak, Kenali Buah Empit Buah ‘Favorite’ Masyarakat Iban. Kredit: Sarawakiana@2

Dari segi saintifik, buah empit ini dikenali sebagai Pentaspadon motleyi. Nama lainnya pula disebut sebagai buah emblanjau atau buah pelajo dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak.

Kebiasaanya, buah empit ini banyak dijumpai di tebing-tebing sungai di Sarawak.

Rasa dan bentuk seperti almond

Dikatakan, buah empit ini banyak ditemui pada bulan disember dan buahnya didapati banyak terapung di atas permukaan air sungai.

Dikenali Sebagai Almond Sarawak, Kenali Buah Empit Buah 'Favorite' Masyarakat Iban

Dari segi bentuk dan rasanya, masyarakat lokal menggambarkan bentuk dan rasa buahnya seakan-akan badam.

Dikatakan, buah empit ini kebiasaanya ditemui di Sungai Baram dan Sungai Limbang.

Sedap diolah menjadi sayur

Difahamkan, masyarakat lokal di Sarawak terutamanya masyarakat Iban sering memasak buah empit ini untuk dijadikan hidangan sayur.

Dikenali Sebagai Almond Sarawak, Kenali Buah Empit Buah 'Favorite' Masyarakat Iban

Kebiasaanya, mereka akan memasak buah empit ini dengan menggorengnya dengan ikan bilis, sedikit cili, bawang serta perasa.

Selain itu, masyarakat di Sarawak biasanya mencampurkan buah empit ini bersama tempoyak goreng.

Namun ada juga yang menikmati buah ini secara mentah dan dijadikan sebagai kudapan. Rasanya seperti kekacang!

Kini, buah empit ini mudah didapati di mana-mana pasar tani di Sarawak.

Menariknya, buah ini hanya dijual dengan harga murah dan tidak seperti kacang badam yang terkenal dengan harganya yang sangat mahal.

Dikenali Sebagai Almond Sarawak, Kenali Buah Empit Buah 'Favorite' Masyarakat Iban
Kredit: Sarawak Edition

Namun, rasa dan tekstur buah empit ini setanding kacang badam!

Lagi tumbuhan unik dan rare di Sarawak:

Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik
Seakan-akan ‘Carolina Reaper’, Kenali Cabik Geronong Antara Cili Terpedas Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kanak-Kanak 2 Tahun Maut, Jatuh Sungai Lepas Main Belakang Rumah Di Tawau Kanak-Kanak 2 Tahun Maut, Jatuh Sungai Lepas Main Belakang Rumah Di Tawau
Next Article Tiket Konsert Borneo SarXIndo Kini Dijual Serendah RM80

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?