Cuba bagitahu min, siapa diantara korang yang dah habis menjelajah satu Sarawak ni?
Kayuh Basikal Jelajah Sarawak, Kegigihan Pemuda Kedah Ini Raih Perhatian Ramai. Korang pernah tak terfikir nak buat solo trip dalam Malaysia? Sebelum nak travel ke luar negara, apa kata anda jelajah dahulu di dalam Malaysia ini. Buat pemanasan dulu lah kiranya🤭
Baru-baru ini satu perkongsian video di laman Tiktok merakam seorang pemuda yang berasal dari Kedah ini membuat mengembara secara solonya di Sarawak. Wahh memang boleh tahan yaa!

Jelajah hanya dengan menggunakan sebuah basikal? Biar betul?
Dan apa yang lebih mengujakan, pemuda ini mengembara solo di Sarawak hanya menggunakan sebuah BASIKAL! Uish, ini manusia ke lelaki yang diperbuat daripada besi ni? Bukan semua orang boleh mengembara hanya dengan menaiki basikal.
Menerusi video perkongsian milik @faisol_abdullah, semangat pemuda Kedah yang menjelajah Sarawak ini telah meraih perhatian netizen di Tiktok, bahkan menyambut kedatangan pemuda ini dengan tangan terbuka.
Walaupun tidak semua tempat, setakat ini Faisol Abdullah telah menjelajah ke Telok Melano, Bintulu, Kuala Tatau, Mukah, Matu, Pulau Bruit, Belawai, Sibu, Bintangor dan banyak lagi yang anda boleh lihat di video milik Tiktok beliau.
Lihat video di bawah:
Dengar khabarnya, pemuda ini masih menjelajah di setiap tempat yang beliau tidak ingin ketinggalan. Wahhh, semangat yang macam ini min bagi tabik springg lah!
Tambah Faisol Abdullah, dirinya juga telah disambut baik oleh penduduk-penduduk Sarawak itu sendiri, bahkan turut memuji orang Sarawak ini semuanya baik.


Bercerita mengenai menjelajah Sarawak ini, min yakin ada diantara korang yang pernah menjelajah di mana-mana tempat dalam Sarawak. Kongsikanlah cerita anda di ruangan komen kami! Manatau korang berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama seperti korang.
Jadi tak perlu la solo trip lagi, kan? Hehehehehe🤭🤭