I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Homestay Atas Pokok Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Menarik Di Permai Rainforest Kuching
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Homestay Atas Pokok Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Menarik Di Permai Rainforest Kuching

Oleh Husna Hazmi 20 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Di sini juga ada pantai yang indah dan bersih.

Homestay Atas Pokok Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Menarik Di Permai Rainforest Kuching. Kalau anda ingin menikmati percutian menarik dikelilingi alam semula jadi dan tidak jauh dari Bandaraya Kuching, anda boleh singgah ke Permai Rainforest Kuching.

Beroperasi sejak tahum 1990, Permai Rainforest Resort merupakan tempat percutian unik yang menawarkan para pengunjung untuk menikmati keindahan alam semulajadi asli. Pelbagai aktiviti riadah menarik yang anda boleh lakukan di sini.

Homestay Atas Pokok Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Menarik Di Permai Rainforest Kuching
Homestay Atas Pokok Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Menarik Di Permai Rainforest Kuching. Kredit gambar: Permai Rainforest Resort

Menawarkan rumah penginapan di atas pokok

Apa yang menariknya di sini adalah mereka menawarkan rumah penginapan di atas pokok, ‘treehouse’. Treehouse ini dibina 20 kaki dari aras tanah dan dilengkapi dengan bilik mandi, penghawa dingin dan kemudahan asas seperti eco hotel yang lain.

Dibina di dalam hutan borneo di antara pokok-pokok hutan menghijau dan berhampiran persisiran pantai, ia merupakan destinasi yang sempurna bagi mereka yang ingin merasai keunikan menginap di sini.

Mendengar pukulan ombak pantai dan kicauan burung-burung semasa bangun pagi adalah pengalaman yang tidak dapat dilepaskan.

Selain daripada treehouse ini, Permai Rainforest Resort juga ada menyediakan tempat penginapan lain buat para pelanggan seperti Cabin, Family Villa dan banyak lagi.

Homestay Atas Pokok Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Menarik Di Permai Rainforest Kuching
Kredit gambar: Permai Rainforest Resort

Jika anda tidak merancang untuk menginap pula, anda boleh beriadah di tepi pantai, dan menikmati alam semula jadi di sini dengan bayaran masuk hanya RM10 bagi dewasa kanak-kanak, 5 hingga 12 tahun RM 6 dan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah percuma.

Di samping itu, Permai Rainforest Resort juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik sambil memberi peluang kepada para pengunjung untuk menerokai keunikan hutan Borneo. Dari aktiviti yang santai sehingga aktiviti yang mencabar dan lasak ditawarkan bagi memastikan masa yang anda luangkan disini tidak sia-sia. Antara aktiviti yang disediakan ialah, piknik di tepi pantai, berbasikal, nature walk, snorkelling, berkayak, berendam di blue pool dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi mari rehatkan minda sambil menikmati keindahan alam semulajadi di Permai Rainforest, Kuching.

Baca lagi di sini tempat percutian menarik di Sarawak:

Beriadah Sambil Menikmati Keindahan Alam Semulajadi Di Adis Buan Resort, Bau
Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Tenang Di Borneo Tropical Rainforest Resort Miri
SUMBER : @Permairainforest
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Pembeli Ditipu Peniaga Jual Telur Saiz Gred A Di Miri Dan Kuching Telur Saiz A Dicampur Dengan Telur Kecil, Tular Pembeli Dakwa Ditipu Peniaga Di Miri Dan Kuching
Next Article Jelajah Sarawak Hanya Dengan Menggunakan Basikal, Kegigihan Pemuda Ini Raih Perhatian Ramai Kayuh Basikal Jelajah Sarawak, Kegigihan Pemuda Kedah Ini Raih Perhatian Ramai

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?