• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

KDN Kini Siasat Dakwaan Lebih Dari 22 Juta Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web

Oleh
Husna Hazmi
18 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini juga pernah terjadi sebelum ini.

KDN Kini Siasat Dakwaan Lebih Dari 22 Juta Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web. Pada tahun lepas, dilaporkan bahawa sekumpulan penggodam telah menjual butiran peribadi seramai 4 juta rakyat Malaysia di pasaran gelap.

KDN Kini Siasat Dakwaan Lebih Dari 22 Juta Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web

22.5 juta butiran peribadi rakyat Malaysia telah dicuri

Pada hari Selasa lalu pula kita digemparkan lagi dengan berita bahawa sebanyak 22.5 juta butiran peribadi rakyat Malaysia telah dicuri daripada Jabatan Pendaftara Negara.

Kumpulan penggodam tersebut telah mengambil butiran seperti nombor kad pengenalan, nama pemilik kad pengenalan tersebut, tarikh lahir, alamat rumah, jantina dan nombor telefon yang berdaftar.

Butiran dicuri tersebut adalah butiran peribadi rakyat Malaysia yang dilahirkan pada 1940 sehinggalah 2004, dan mereka dilihat mahu menjual data ini pada nilai $10,000 dalam nilai kriptowang Bitcoin.

KDN Kini Siasat Dakwaan Lebih Dari 22 Juta Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web

Kementerian Dalam Negeri akan melakukan siasatan terperinci

Menurut Sinar Harian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, setakat ini tiada bukti kukuh mengatakan maklumat itu diperoleh daripada pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas mengenai laman sesawang teknologi Lowyat.net menunjukkan set data JPN yang mengandungi maklumat seluruh populasi 22 juta rakyat negara ini dijual dengan harga tertentu di forum pasaran pangkalan data.

Oleh itu, JPN kini sedang mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) tentang keperluan pihak ketiga mendapatkan terus maklumat daripada agensi berkenaan.

Perkara seperti ini pernah terjadi sebelum ini:

SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Next Article Padah Cabul Remaja 15 Tahun, Pemandu Bas Ini Dikenakan 4 Tahun Penjara Padah Cabul Remaja 15 Tahun Di Jalan Matang, Pemandu Bas Dikenakan 4 Tahun Penjara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?