I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5

Oleh Husna Hazmi 18 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Anak mana yang tak kecewa kalau orang tuanya diperlakukan sebegini?

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5. Semalam, terdapat seorang pengguna Facebook telah berkongsi pesanan kepada pelanggan kedua orang tuanya yang bekerja sebagai tukang urut untuk bersifat lebih bertimbang rasa ketika menghulur wang bayaran khidmat urutan ibu bapanya.

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5

Terutama di kawasan Sematan, Terusan Jaya, Siruk, Sungei Kilong dan Sebat

Di dalam perkongsian yang telah mendapat lebih dari 300 share itu, wanita tersebut berpesan, bagi pelanggan kedua ibu bapanya, terutama di kawasan Sematan, Terusan Jaya, Siruk, Sungei Kilong dan Sebat agar bertanggungjawab untuk mengambil dan menghantar orang tuanya jika mereka menggunakan servis urut yang memerlukan kedua ibu bapanya itu ke rumah pelanggan.

Wanita itu berkata dirinya risau dengan faktor usia kedua orang tuanya yang hanya menunggang motosikal terpaksa pergi ke rumah pelanggan yang jauh waktu malam di mana ianya gelap dan bahaya lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai penglihatan jelas.

Katanya lagi, walaupun kedua ibu bapanya itu cuma tukang urut kampung, tetapi mereka memberi perkhidmatan urut kadangkala lebih dari satu jam untuk seorang pelanggan. Sekarang, cuba bayangkan kalau 2 hingga 3 pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka, pastilah mereka berasa penat kan?

Jadi wanita tersebut meminta agar pelanggan untuk bertimbang rasa mengambil dan menghantar mereka kerana setelah penat bekerja, kedua orang tuanya itu terpaksa lagi balik ke rumah yang jauh menggunakan motosikal pula.

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Sambungan daripada gambar di atas.

Menghulur wang bayaran RM 3 hingga RM 5 sahaja

Kalau ikut common sense, kita nak guna perkhidmatan orang, kita lah kena pergi ke orang tu kan? Kalau tak boleh pergi ke orang tu, bertanggungjawablah dengan perkhidmatan servis orang tersebut! Jangan bagi banyak alasan, Grab dan Maxim kan ada!

Selain itu, dia juga berkata bahawa terdapat beberapa pelanggan ibu bapanya yang hanya menghulurkan wang RM 3 hingga RM 5 sahaja setelah selesai diurut. Menurutnya, bayaran untuk perkhidmatan urut orang tuanya itu memang kalau nak bagi, bagilah seikhlas hati, tetapi bayaran yang sebegitu rupanya memang tidak berbaloi.

Sudahlah guna perkhidmatan urut macam tak ingatkan dunia, lepastu ada hati pula nak bayar RM 5! Anak mana yang tak risau dan kecewa apabila orang tuanya diperlakukan sebegitu rupa.

Diminta agar sesiapa sahaja yang ingin menggunakan perkhidmatan urut ini, tolonglah bertimbang rasa sedikit dengan mereka yang memeberikan servis ini. Perkhidmatan urut memerlukan banyak tenaga, pengalaman dan bukannya satu perkara yang mudah.

Jadi kalau rasa tak mampu nak bayar tu, kumpul duit dahulu barulah boleh guna perkhidmatan ini tau!

Diharap perkara ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua agar sentiasa bertimbang rasa tidak mengira apa situasi yang kita tempuhi. Jangan seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, fikir juga orang lain sebelum membuat apa-apa keputusan!

Lagi di sini cerita terkini di Borneo buat anda:

SUMBER : Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masuk Adalah Percuma! Siniawan Art & Folklore Music Festival Bakal Berlangsung Pada 20 Mei Ini Masuk Adalah Percuma! Siniawan Art & Folklore Music Festival Bakal Berlangsung Pada 20 Mei Ini
Next Article KDN Kini Siasat Dakwaan Lebih Dari 22 Juta Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?