• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tragedi Tahun Baru, Kebakaran Besar Musnahkan 39 Rumah Di Labuan

Oleh
Farisha
2 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

261 mangsa kehilangan tempat tinggal

Tragedi Tahun Baru, Kebakaran Besar Musnahkan 39 Rumah Di Labuan. Tahun baru yang sepatutnya disambut dengan harapan baru bertukar menjadi mimpi ngeri bagi 261 mangsa kebakaran daripada 42 keluarga di Skim Perumahan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim, Jalan Batu Arang.

Kebakaran besar yang berlaku pagi semalam (1 Januari 2025) telah memusnahkan 39 rumah setinggan kayu dan meninggalkan ramai kehilangan tempat berteduh. Kejadian yang dilaporkan sekitar pukul 10 pagi itu menyebabkan kekecohan besar di kawasan penempatan padat yang menempatkan kira-kira 1,700 penduduk.

Tragedi Tahun Baru, Kebakaran Besar Musnahkan 39 Rumah Di Labuan
Tragedi Tahun Baru, Kebakaran Besar Musnahkan 39 Rumah Di Labuan. Sumber foto: Bernama

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Abdul Rahman Ali, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.47 pagi dan segera bertindak ke lokasi.

Tindakan Pantas Selamatkan Ratusan Rumah

“Kami berjaya memadamkan api dalam masa kurang satu jam,” kata Abdul Rahman, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut memuji kerjasama pantas antara anggota bomba dan masyarakat setempat yang berjaya mengelakkan kerosakan lebih besar. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

Kebakaran ini mengingatkan kembali tragedi serupa pada tahun 2009, di mana ratusan rumah di kawasan yang sama turut musnah. Struktur rumah kayu yang mudah terbakar sekali lagi menjadi perhatian terhadap risiko bencana di kawasan ini.

Penduduk Kumpul Barang-Barang, Cari Perlindungan

Suasana di tempat kejadian penuh dengan kekalutan. Kanak-kanak, warga emas, dan ahli keluarga yang lain dilihat mengumpul sisa-sisa barangan yang boleh diselamatkan sambil mencari perlindungan sementara. Menurut laporan Bernama, usaha bantuan telah diselaraskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud, berkata pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedang menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Tragedi yang Membuka Mata

Insiden ini sekali lagi menonjolkan keperluan mendesak untuk pelan tindakan lebih kukuh dalam memastikan keselamatan komuniti setinggan. Dengan 334 rumah kayu di kawasan itu, kebakaran besar seterusnya hanya menunggu masa jika langkah pencegahan tidak diambil.

Bagi mangsa, tahun baru ini kini menjadi perjuangan untuk membina kembali kehidupan mereka yang musnah dalam sekelip mata. Mari kita sama-sama doakan mereka tabah menghadapi dugaan ini dan terus menyokong usaha bantuan yang sedang dijalankan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

2 Blok Hangus, SMK Lawas Musnah Dalam Kebakaran
Kebakaran Musnahkan 8 Rumah Di Tawau, Wanita Luka Di Muka Dan Kaki
SUMBER :Suara SarawakBernama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Sarawak Kini Boleh Semak Kelayakan Bantuan Khas Sarawak Secara Online Melalui SarawakID
Next Article Ini Panduan Penuh Untuk Pelajar IPT Tebus Subsidi RM600 i-GPS 2025 Ini Panduan Penuh Untuk Pelajar IPT Tebus Subsidi RM600 i-GPS 2025

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?