Inisiatif i-GPS: Peluang Pelajar IPT Sarawak Nikmati Subsidi Penerbangan Hingga RM600
Ini Panduan Penuh Untuk Pelajar IPT Tebus Subsidi RM600 i-GPS 2025. Selamat tahun baru 2025! Inisiatif i-GPS (Inisiatif Graduan Pulang Sarawak) diteruskan sekali lagi untuk memberikan kemudahan kepada pelajar Sarawak yang ingin pulang ke kampung halaman. Dengan subsidi penerbangan sehingga RM600, inisiatif ini terus menjadi pilihan utama pelajar Sarawak sejak mula diperkenalkan pada tahun 2019.
Namun, sebelum anda tergesa-gesa memohon, mari kita fahami dahulu syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi. Berikut adalah ringkasan terma dan syarat permohonan i-GPS yang dikemas kini untuk tahun 2025:

Terma & Syarat Permohonan i-GPS
- Jumlah Subsidi: Nilai subsidi maksimum untuk setiap permohonan yang berjaya adalah RM300. Setiap pelajar hanya boleh memohon dua kali sahaja sepanjang tahun 2025.
- Kelayakan Umur: Pemohon mestilah anak Sarawak berumur 18 tahun ke atas pada tarikh penerbangan.
- Status Pelajar: Anda mesti aktif dan belajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Malaysia yang berdaftar di bawah kementerian yang berkaitan.
- Tarikh Penerbangan: Permohonan adalah sah untuk penerbangan yang dilakukan pada mana-mana tarikh dalam tahun 2025 sahaja.
- Destinasi Perjalanan: Perjalanan penerbangan adalah dari Semenanjung Malaysia, Sabah, atau Labuan balik ke Sarawak sahaja.
- Permohonan Dalam Talian: Semua permohonan dan kemaskini hanya boleh dilakukan melalui sistem dalam talian di laman web rasmi Yayasan Sarawak atau melalui aplikasi mudah alih di Google Play Store dan Apple App Store. Jangan lupa merujuk Panduan Memohon yang disediakan untuk memastikan proses berjalan lancar.
- Dokumen Lengkap: Hantar permohonan lengkap anda dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan.
Pemohon yang Tidak Layak
Tidak semua penerbangan layak untuk subsidi ini. Contohnya:
- Penerbangan yang ditaja oleh kerajaan, agensi kerajaan, atau organisasi lain.
- Penerbangan yang ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan.
Amaran Penting
- Permohonan yang lewat, tidak lengkap, atau palsu akan ditolak tanpa notis.
- Keputusan Sarawak Volunteers mengenai permohonan adalah muktamad.
- Sarawak Volunteers juga berhak mengubah syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Panduan Mudah Memohon i-GPS
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memohon i-GPS:
- Langkah 1: Layari laman web https://yayasansarawak.org.my dan klik ‘ENTER SITE’, atau masuk melalui aplikasi mudah alih Yayasan Sarawak Student App.
- Langkah 2: Pergi ke bahagian Menu, klik ‘Perkhidmatan Atas Talian’, dan pilih ‘Permohonan Atas Talian’.
- Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan yang disediakan dan klik ‘Next’.
- Langkah 4: Jika anda belum mempunyai akaun, anda akan diminta untuk mendaftar akaun baru. Masukkan semua maklumat yang diperlukan termasuk nombor telefon dan emel yang aktif.
- Langkah 5: Klik ‘Register’ selepas memasukkan semua maklumat yang diperlukan. Lengkapkan proses verifikasi dengan memasukkan kod yang tertera.
- Langkah 6: Kemaskini emel yang anda daftarkan dan tunggu emel pengesahan daripada [email protected]. Emel ini akan menyatakan bahawa akaun anda telah berjaya didaftarkan.
- Langkah 7: Log masuk semula ke sistem menggunakan nombor MyKad dan kata laluan anda. Klik ‘Login’ untuk meneruskan.
- Langkah 8: Anda akan diminta untuk melengkapkan profil anda jika belum. Klik pada kotak yang muncul untuk mengisi maklumat profil anda.
- Langkah 9: Lengkapkan semua maklumat dalam profil termasuk memilih ‘Study Option’ yang sesuai.
- Langkah 10: Muat naik salinan depan dan belakang kad pengenalan anda. Pastikan saiz fail kurang daripada 1 MB untuk mempercepatkan proses muat naik. Klik ‘Save’ selepas selesai.
- Langkah 11: Selepas semua maklumat profil anda dimasukkan, klik butang kembali untuk mengakses ruangan permohonan i-GPS.
- Langkah 12: Pergi ke kotak yang bertanda iGPS di bawah bahagian ‘Community Assistance’ dan klik ‘+New’ dalam kotak tersebut.
- Langkah 13: Masukkan semua maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan. Muat naik dokumen seperti:
- Surat pengesahan IPT terkini.
- Penyata bank.
- Boarding pass.
- Itinerari penerbangan. Pilih ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
- Langkah 14: Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja. Jika berjaya, anda akan menerima emel makluman bersama pembayaran RM300. Jika gagal, anda perlu membuat permohonan baharu dalam tempoh 60 hari selepas penerbangan.
- Langkah 15: Klik ‘more…’ di bahagian status untuk menyemak status permohonan anda.
Dengan memenuhi syarat-syarat ini dan mengikuti panduan permohonan, anda boleh menikmati perjalanan pulang ke Sarawak tanpa membebankan poket. Jangan lupa untuk memohon segera selepas penerbangan, kerana setiap permohonan mesti dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.

