I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 14 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

6 buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Tong Sang

Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata. Hari yang menjadi hari penantian untuk bercuti di hujung minggu bertukar tragedi untuk beberapa individu apabila tempat mereka berteduh musnah dijilat api.

Di Sibu telah terjadi satu kebakaran yang memusnahkan 6 buah rumah di Jalan Tong Sang pagi ini. Dalam kebakaran tersebut dapat disaksikan juga keadaan penduduk sekitar berpusu-pusu menyelamatkan diri masing-masing.

Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata
Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata. Sumber gambar: FB Info Sibu

Bomba gegas ke tempat kejadian untuk melakukan tugas pemadam api kerana dikhua

Difahamkan pihak Bomba telah menerima laporan daripada orang awam pada sekitar 9.10 pagi dan mereka segera ke tempat kejadian yang berhadapan dengan Pintu Gerbang Sibu. Setiba pihak Bomba di tempat kejadian, api yang masih marak menjilat 6 buah rumah tersebut segera dipadam oleh pihak Bomba kerana dikhuatiri merebak ke rumah yang lain.

Hingga saat ini, pihak Bomba masih menyiasat dan mencari punca kebakaran tersebut dan jumlah kerugian yang dialami mangsa juga turut belum dapat dipastikan.

Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata
Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata. Sumber gambar: FB Info Sibu

Dalam satu perkongsian video rakaman yang tular di Facebook, kedengaran suara-suara penduduk yang terlibat dalam kebakaran sedang panik menghadapi situasi dan kelihatan juga keadaan asap berkepul dan api yang semakin marak menjilat rumah.

Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata
Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata. Sumber gambar: FB Borneo Network

Bernasib baik, setakat ini tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Semoga individu yang terlibat dalam kebakaran ini dipermudahkan urusan.

Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui tentang kejadian-kejadian kebakaran yang berlaku di Sarawak:

SUMBER : FB Info Sibu, FB Borneo Network
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lepas Plastik Sampah, Balenciaga Hasilkan Beg Peket Kerepek Kentang Harga RM 8K Lepas Plastik Sampah, Balenciaga Hasilkan Beg Peket Kerepek Kentang Berharga RM 8K
Next Article Warga Kuching Wajib Cuba Menu Double Patty Melt Dan Toasty Oblong Dari Toasty Diner Ini Warga Kuching Wajib Cuba Menu Double Patty Melt Dan Toasty Oblong Dari Toasty Diner Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?