• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran

Oleh
ILB - AI
27 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Keluarga hilang tempat berteduh dalam sekelip mata.

Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran. Mungkin untuk orang lain jam 12.59 malam adalah masa mereka sedang enak dibuai mimpi. Tapi tidak untuk penduduk di Jalan Ing Guong, Sungai Bidut, Sibu apabila sebuah rumah penduduk telah ranap setelah mengalami kebakaran.

Sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, wanita dewasa dan tiga kanak-kanak telah hilang tempat berteduh dalam sekelip mata dan hanya tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran yang berlaku meranapkan segalanya untuk mereka. Bernasib baik, tiada anggota keluarga yang cedera dalam insiden ini.

Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran
Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran. Sumber gambar: FB Balai Bomba & Penyelamat Sungai Merah

BBP Sungai Merah bergegas ke tempat kejadian.

Tepat pada jam 12.59 malam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah telah menerima laporan tentang kebakaran tersebut dan ini juga turut ditegaskan oleh jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak. Setelah menerima laporan, 1 pasukan Keluaran Operasi dengan menggunakan 1 jentera LFRT dan 1 jentera EMRS dengan kekuatan 12 orang anggota telah diarah bergegas untuk ke tempat kejadian.

Pasukan yang telah diketuai oleh PBK II Shairulnizam B. Wailie telah bertindak pantas untuk ke lokasi kejadian. Bahkan, TPgB II Abdul Mutalif B. Ja’afar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah juga turut serta dalam operasi ini.

Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran
Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran. Sumber gambar: FB Balai Bomba & Penyelamat Sungai Merah

Sebuah rumah, 1 kereta dan 3 motorsikal didapati musnah.

Menurut Komander operasi, walaupun kebakaran ini berjaya dipadamkan namun kebakaran ini telah meranapkan sepenuhnya sebuah rumah kayu jenis tidak kekal. Bukan itu sahaja, sebuah kereta Toyota Avanza dan 3 buah motorsikal turut musnah dijilat api.

Kebakaran ini dikawal sebaiknya dan dalam kadar segera oleh pihak bomba kerana tidak mahu bahang dan api kebakaran merebak ke bahagian bangunan tadika bersebelahan. Dalam kejadian ini juga, dimaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa dan kecederaan yang berlaku.

Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran
Sumber gambar: FB Balai Bomba & Penyelamat Sungai Merah

Halangan sebelum ke tempat kejadian.

Sebelum pihak Bomba dan Penyelamat Sungai Merah tiba dilokasi kebakaran, mereka telah menghadapi permasalahan apabila mereka telah melalui jalan yang sempit serta terpaksa memotong sebatang pokok condong di tengah jalan. Halangan ini adalah antara halangan yang ditempuhi mereka sebelum tiba di lokasi kejadian. Walaupun dengan halangan, pihak BBP Sungai Merah sangat tangkas dan cepat dalam menangani situasi cemas. Syabas diucapkan!

Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran
Sumber gambar: FB Balai Bomba & Penyelamat Sungai Merah

Tanpa kita sedari, kebelakangan ini, banyak kejadian kebakaran yang berlaku. Jadi, boleh baca artikel berikutnya untuk mengetahui tentang hal kebakaran yang telah berlaku di Sarawak baru-baru ini:

Gara-Gara Lupa Padam Laptop Yang Dicas, Sebuah Bilik Di Bintulu Hampir Musnah Dalam Kebakaran

Dua Deret Kedai Ranap Dalam Kebakaran Di Pasar Lama Sebuyau
SUMBER :FB Balai Bomba&Penyelamat Sungai Merah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rancangan Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Masih Diteruskan
Next Article Insiden Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Meningkat, Ini Langkah Pencegahan Perlu Dilakukan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?