• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis

Oleh
Ismail NA
18 Mei 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis. Seperti yang semua sedia maklum, Sarawak mempunyai populasi penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, perlu ada sikap toleransi dan tolak ansur dalam kalangan penduduk agar kita semua hidup aman dan harmoni. Namun, apa yang akan terjadi sekiranya sekiranya ada yang bertindak keterlaluan dan tidak menghormati sensitiviti kaum?

Isi Isi Penting
  • Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
  • Mohon maaf selepas tular tetapi sudah terlambat
  • Lelaki tersebut diheret ke balai polis
  • Amaran keras daripada netizen
  • Lagi artikel berkaitan :

Satu kejadian yang memalukan telah tular melibatkan seorang lelaki (yang dipercayai berbangsa Melayu Muslim) di laman sosial. Melalui hantaran yang tular di laman sosial Facebook, lelaki tersebut telah memuat naik hantaran jelik yang mengecam dan memaki kaum Dayak di Sarawak kerana didakwa menyokong kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Memang benar jika anda mempunyai perikemanusiaan dan cakna akan isu semasa yang melanda Israel-Palestin pada saat ini, anda akan menunjukkan solidariti dan menyebarkan maklumat yang benar kepada orang awam di seluruh dunia. Namun, tindakan mengecam dan memaki sesebuah bangsa hanya kerana seorang individu yang tidak sependapat dengan anda tetap sesuatu yang salah dan tidak wajar dilakukan.

Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis
Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis. Sumber : Facebook

Mohon maaf selepas tular tetapi sudah terlambat

Menyedari hantaran jeliknya telah tular di laman media sosial, lelaki ini segera memuat naik satu lagi hantaran permohonan maaf kepada seluruh bangsa Dayak. Namun demikian, nasi telah menjadi bubur. Perkara ini telah mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat Dayak. Lelaki tersebut juga turut mendedahkan alamat rumahnya di Matang, Kuching dan memohon agar sesiapa yang terasa dengan hantarannya sebelum ini untuk bersemuka dan menyelesaikan dengan cara baik.

Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis
Sumber : Facebook

Lelaki tersebut diheret ke balai polis

Dalam video tular yang berasingan, rumah lelaki tersebut benar-benar didatangi oleh beberapa orang individu lelaki yang berang dengan tindakannya itu. Lelaki tersebut kini dikhabarkan telah dibawa oleh pihak polis ke balai hari ini untuk membantu siasatan setelah menerima aduan daripada orang ramai.

Amaran keras daripada netizen

Akibat hantaran memalukan lelaki tersebut, netizen mula bersuara dan menuntut agar lelaki tersebut dikenakan tindakan yang keras kerana menghina kaum majoriti di Sarawak itu. Malah, netizen juga turut mengeluarkan amaran agar tidak sesekali menyentuh perihal kaum dan perkauman sehingga merosakkan keharmonian dalam negeri.

Tambah netizen lagi, kejadian memburuk-burukkan keharmonian kaum sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kerana tiada tindakan yang betul-betul tegas diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini.

Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis
Sumber : Facebook
Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis
Sumber : Facebook
Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis
Sumber : Facebook

Nasihat kepada semua, berhati-hatilah dalam berkata-kata. Bukan sahaja secara langsung dari mulut anda, tetapi juga apabila anda menaip di laman sosial media. Ayat-ayat anda melambangkan suara anda. Kalau dah jadi macam ini, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sama-samalah kita sentiasa saling bertolak ansur dan bertindak rasional. Jangan jadi seperti kata peribahasa, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Lagi artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Lanjutkan PKPB Hingga 7 Jun, Larangan ‘Dine In’ Di Kedai Makan Dikekalkan
Next Article Muat Naik Gambar Langgar SOP Sambut Hari Raya, 11 Individu Bantu Siasatan Polis Di Kota Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?