• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Muat Naik Gambar Langgar SOP Sambut Hari Raya, 11 Individu Bantu Siasatan Polis Di Kota Samarahan

Oleh
Husna Hazmi
18 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mereka dipercayai memuat naik gambar di Facebook tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakan fizikal.

Muat Naik Gambar Langgar SOP Sambut Hari Raya, 11 Individu Bantu Siasatan Polis Di Kota Samarahan. Dilaporkan bahawa seramai 11 individu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bagi membantu siasatan berkenaan kes langgar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan ziarah pada Hari Raya Aidilfitri 2021.

Muat Naik Gambar Langgar SOP Sambut Hari Raya, 11 Individu Bantu Siasatan Polis Di Kota Samarahan
Muat Naik Gambar Langgar SOP Sambut Hari Raya, 11 Individu Bantu Siasatan Polis Di Kota Samarahan. Gambar sebagai hiasan

Siasatan yang lebih lanjut masih dijalankan

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram, siasatan yang lebih lanjut masih dijalankan dan pihaknya akan melengkapkannya dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata bahawa, kertas siasatan seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Seramai 11 individu dipanggil untuk membantu siasatan dan kertas siasatan akan kita serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat ini.

“Tindakan kompaun akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat setelah mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksysn 233A Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Muat Naik Gambar Langgar SOP Sambut Hari Raya, 11 Individu Bantu Siasatan Polis Di Kota Samarahan
Gambar sebagai hiasan

Gambar ziarah Hari Raya Aidilfitri dengan memaparkan beberapa individu langgar SOP

Selain itu, Sudirman turut menjelakan bahawa kejadian dilaporkan berlaku pada 15 Mei, di mana pengadu melihat beberapa gambar ziarah Hari Raya Aidilfitri dengan memaparkan beberapa individu langgar SOP dengan tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakan fizikal, dimuat naik di Facebook.

“Gambar-gambar yang dimuat naik adalah aktiviti ziarah Hari Raya Aidilfitri iaitu gambar hari kedua dan ketiga menyebabkan pengadu terus melaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah menetapkan SOP PKPB bagi aktiviti ziarah Aidilfitri yang hanya dibenarkan pada 1 Syawal dan dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecam Dayak Kerana Dakwa Sokong Israel, Seorang Lelaki Di Kuching Diheret Ke Balai Polis
Next Article 7 Pengawal Keselamatan Positif, Pusat Beli Belah The Spring Kuching Ditutup Sehari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?