• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka

Oleh
Ismail NA
17 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Tahukah anda bahawa taktik ini sebenarnya taktik yang biasa digunakan

Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka. Sejak beberapa hari yang lalu, platform Sugarbook sekali lagi menjadi trending di dalam platform platform media mahupun media sosial di Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Tahukah anda bahawa taktik ini sebenarnya taktik yang biasa digunakan
  • Trend carian tinggi sejak Sugarbook jadi kontroversi, bukti taktik promosi ini berjaya tarik minat netizen
  • SKMM Sekat Laman Sesawang Sugarbook
  • Pendaftaran pelajar IPT jadi ‘sugarbaby’ di Malaysia meningkat sebanyak 40%
  • Sugarbook lancar pautan alternatif untuk ahli walaupun dihambat kontroversi
  • Artikel lain :

Dilihat sebagai sebuah isu yang luar biasa, parti-parti politik juga mula menggunakan platform media masing-masing untuk seharian meratib mengenai platform Sugarbook ini, yang dikatakan sebagai sebuah platform untuk Sugarbaby mencari Sugardaddy. Dalam erti kata lain, platform maksiat dan tidak bermoral.

Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka
Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka

Trend carian tinggi sejak Sugarbook jadi kontroversi, bukti taktik promosi ini berjaya tarik minat netizen

Trend carian melalui enjin carian Google juga memaparkan kadar minat yang tinggi pada Sugarbook ini sejak seminggu yang lepas, menandakan waima sebanyak mana kecaman yang mereka terima, perkara tersebut seolah-olah lebih banyak memberi kelebihan kepada aplikasi tersebut berbanding keburukan iaitu promosi percuma.

Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka
Graf kenaikan minat carian terhadap Sugarbook.

Bukan itu sahaja, malah kata kunci ‘Sugarbook’ juga kini sohor kini atau TRENDING di laman Twitter menjadikan platform tersebut lebih popular dari kebiasaannya.

Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka
Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Terhadap Mereka

SKMM Sekat Laman Sesawang Sugarbook

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses kepada laman sesawang Sugarbook. Hal ini berikutan pendedahan sebuah portal temu janji terbesar dunia, SeekingArrangement, yang menyatakan bahawa Malaysia adalah negara ke-3 dalam kalangan negara Asia yang memiliki bilangan sugardaddy teramai dengan 42,500 orang.

Sumber : TRP

Pendaftaran pelajar IPT jadi ‘sugarbaby’ di Malaysia meningkat sebanyak 40%

Dalam pada masa yang sama, platform Sugarbook pula mendedahkan sebanyak 14,443 pendaftaran untuk ‘sugarbaby’ diterima yang membabitkan pelajar daripada 10 institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia termasuklah 2 IPTA. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 40% dalam jumlah pendaftaran.

Peningkatan ini dikhabarkan berpunca daripada pelajar yang mencari sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan seperti yuran universiti, dan keperluan asas.

Namun begitu dengan akses kepada alat mudah seperti VPN, laman tersebut tetap boleh diakses seperti biasa. VPN pula boleh dimuat turun secara percuma atau berbayar.

Sugarbook lancar pautan alternatif untuk ahli walaupun dihambat kontroversi

Walaupun disekat oleh SKMM dan dilanda kontroversi, laman Sugarbook semalam melancarkan pula pautan alternatif dengan modifikasi nama dengan ejaan Sucre yang membawa maksud Sugar dalam bahasa Perancis.

Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka
Sumber : Technave

Semua perhatian kini terarah kepada aplikasi ini. Namun, apa yang tidak anda sedari adalah ini merupakan taktik pemasaran biasa untuk meningkatkan lagi jumlah pengguna akibat rasa ingin tahu daripada orang ramai.

Lebih membimbangkan, jika kita terlalu memberi perhatian kepada aplikasi ini, maka lebih ramai individu yang mempunyai minat untuk mencuba-cuba dan akhirnya benar-benar terjebak dengan aktiviti ini.

Bagi anak-anak muda yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pengajian tinggi, lebih banyak pekerjaan lain yang memberi anda lebih banyak pengalaman berharga dan pelajaran dalam hidup.

Jika anda mempunyai bakat atau melakukan sesuatu, anda juga boleh mendaftar di platform pekerjaan bebas (freelancer) di internet. Bayarannya pula boleh tahan lumayan kerana kebiasaannya dibayar dalam mata wang USD.

Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka
Fiverr, contoh laman sesawang untuk freelancer.

Jadi, manfaatkan waktu dan tenaga anda untuk sesuatu yang lebih produktif dan bermakna. Pilihan di tangan anda.

Artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 6 Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Hari Ini Melibatkan Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit Dan Bintulu
Next Article Pembaca Berita Lelaki Dikecam Kerana Didakwa Pakai Cheongsam Wanita, RTM Buka Cerita Sebenar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?