• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

6 Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Hari Ini Melibatkan Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit Dan Bintulu

Oleh
Ismail NA
16 Februari 2021
Kongsi
8 Min Bacaan

Sarawak hari ini catat 193 kes baharu COVID-19.

Menerusi sidang media SDMC hari ini, sebanyak 193 kes positif baharu dikesan di Sarawak yang melibatkan beberapa daerah iaitu Sibu dengan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 105 kes, Samarahan (19), Kuching (17), Kapit (17), Bintulu (12), Beluru (7), Julau (6), Song (3), Dalat (3), Miri (2), dan Bau (2).

Isi Isi Penting
  • Sarawak hari ini catat 193 kes baharu COVID-19.
  • 1. Kluster Geronggang, Sibu.
  • 2. Kluster Merah Mas, Sibu
  • 3. Kluster Univista, Samarahan
  • 4. Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching
  • 5. Kluster Gelong, Kapit
  • 6. Kluster Kidurong Dua, Bintulu
  • Baca juga :

Dalam pada masa yang sama, jumlah kematian turut direkodkan hari ini dengan 1 kematian di Sibu sekaligus menjadikan jumlah kes kematian bertambah kepada 62 kes.

Namun, lebih membimbangkan, terdapat 6 kluster baharu yang dikesan di Sarawak hari ini. 2 daripadanya di Sibu, 1 di Kuching, 1 di Samarahan, 1 di Kapit dan 1 di Bintulu.

6 Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Hari Ini Melibatkan Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit Dan Bintulu
6 Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Hari Ini Melibatkan Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit Dan Bintulu
Kredit : ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

Butiran kluster adalah seperti berikut;

1. Kluster Geronggang, Sibu.

Kluster Geronggang adalah satu kluster komuniti yang telah dikesan di Daerah Sibu melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Geronggang, Sibu. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes Ke-6,072 iaitu seorang lelaki berumur 77 tahun juga merupakan penghuni pusat jagaan tersebut yang telah dikesan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 melalui saringan individu bergejala.

Kes indeks ini berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti semasa mendapat rawatan di pusat perubatan di Sibu. Hasil pengesanan kontak-kontak kepada kes indeks ini dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) di pusat jagaan tersebut, terdapat penambahan 40 kes positif COVID-19 yang telah dikesan. Dua (2) kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Sehingga 16 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari seramai 41 individu telah disaring dimana
• 41 kes telah dikesan positif COVID-18 termasuk indeks kes.
• Tiada (0) individu negatif, dan
• Tiada (0) individu masih menunggu keputusan.

Kluster Geronggang ini juga telah mencatatkan satu (1) kematian yang melibatkan seorang warga emas yang berumur 73 tahun, yang juga merupakan penghuni di pusat jagaan tersebut. Walau bagaimanapun, punca kematian kes ini masih menunggu keputusan post-mortem. Baki 40 kes yang lain telah dimasukkan ke Hospital Sibu dan sedang mendapatkan rawatan susulan.

2. Kluster Merah Mas, Sibu

Kluster Mas Merah yang telah dikesan di Daerah Sibu adalah kluster komuniti yang melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Jalan Teng Chin Hua, di Sungai Merah, Sibu.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-6,689 iaitu seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang merupakan petugas di pusat jagaan tersebut. Indeks kes ini telah dikesan melalui saringan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 pada 13 Februari 2021. Berikutan pengesanan kes indeks ini, aktiviti saringan pengesanan secara aktif telah dijalankan melibatkan semua penghuni dan petugas pusat tersebut.

Hasil saringan tersebut mendapati tambahan sembilan (9) kes baharu positif COVID-19 telah dikesan. Dua (2) kes baharu telah dilaporkan pada hari ini.
Sehingga 16 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari, seramai 48 individu telah disaring dimana;
• 10 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
• Tiada (0) individu negatif, dan
• 38 individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Univista, Samarahan

Kluster Univista yang dikesan di Daerah Samarahan adalah kluster komuniti yang setakat ini melibatkan tiga (3) lokaliti di Daerah Samarahan iaitu Kampung Muara Tuang, Taman Univista dan Taman Samarax. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke- 6,295 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 33 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 06 Februari 2021.

Kes adalah seorang penjual satay di hadapan rumah kediaman beliau beralamat Taman Univista, Kota Samarahan. Hasil pengesanan kontak-kontak kepada kes indeks ini dan aktiviti pengesanan kes secara aktif di tiga (3) lokaliti utama tersebut, terdapat penambahan sebanyak 44 kes telah dikesan.

Sembilan belas (19) kes baharu dilaporkan pada hari ini. Sehingga 16 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari, seramai 184 individu telah disaring dimana;
• 45 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
• 96 individu negatif, dan
• 43 individu masih menunggu keputusan.

4. Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching

Kluster Kampung Sungai Maong di Daerah Kuching adalah kluster komuniti yang melibatkan penduduk di Kampung Sungai Maong di Bandaraya Kuching.

Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-6,292 yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah klinik kesihatan di Bandaraya Kuching pada 11 Februari 2021. Kes merupakan seorang wanita berumur 38 tahun warga tempatan (Sarawak) yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Umum Sarawak.

Hasil pengesanan kontak rapat dan rakan sekerja kepada indeks kes ini, terdapat penambahan 17 kes positif COVID-19 yang telah dikesan.

Sepuluh (10) kes baharu dilaporkan pada hari ini. Sehingga 16 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari, seramai 50 individu telah disaring dimana;
• 18 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
• Tiada (0) individu negatif, dan
• 32 individu masih menunggu keputusan.

5. Kluster Gelong, Kapit

Kluster Gelong merupakan kluster komuniti yang melibatkan komuniti Taman Sri Gelong, Jalan Selirik di Daerah Kapit di Bahagian Kapit.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke- 6,581 iaitu seorang lelaki berumur 47 tahun warga tempatan (Sarawak) yang telah dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala di klinik kesihatan pada 13 Februari 2021.

Hasil siasatan mendapati kes telah menghadiri majlis pengebumian bapa beliau pada 30 Januari hingga 2 Februari 2021 yang lepas yang telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Hasil pengesanan kontak rapat dan kontak sosial kepada indeks kes tersebut, tambahan 13 individu telah dikesan positif COVID- 19.

Sehingga 16 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari, seramai 86 individu telah disaring dimana;
• 14 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes dan 72 individu masih menunggu keputusan.

6. Kluster Kidurong Dua, Bintulu

Kluster Kidurong Dua merupakan kluster komuniti dan tempat kerja yang melibatkan sebuah sekolah rendah kebangsaan di Kidurong di Daerah Bintulu.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke- 6,184 iaitu seorang wanita berumur 36 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu yang bergejala pada 09 Februari 2021.

Kes juga merupakan seorang pembantu pengurusan murid di sekolah tersebut. Hasil pengesanan kontak rapat di tempat kerja dan ahli keluarga kepada kes indeks, terdapat tambahan 11 kes positif COVID-19 telah dikesan. Lima (5) kes baharu dilaporkan hari ini. Sehingga 16 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari, seramai 74 individu telah disaring dimana;
• 12 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes dan
• 62 individu negatif.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak lalai dalam mematuhi SOP serta menjaga kebersihan diri. Sentiasa cuci tangan dan elakkan mengunjungi tempat awam yang sesak.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 193 Kes Positif Baharu
Next Article Kecaman Terhadap Sugarbook Hanyalah Promosi Percuma Untuk Mereka

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?