• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kecil-Kecil Cili Api, Kenali Nikita Sarna Pemain Sape Termuda Sarawak

Oleh
ILB - AI
31 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pemain sape termuda dalam acara berprestij di Borneo.

Kecil-Kecil Cili Api, Kenali Nikita Sarna Pemain Sape Termuda Sarawak. Satu nama yang cukup dengan prestasinya. Nikita Sarna, anak jati Sarawak yang mulai dikenali selepas menjadi pemain sape termuda dalam satu acara tahunan yang menghimpunkan ratusan pengiat seni dunia iaitu Rainforest World Music Festival yang lalu.

Baru berusia 11 tahun tetapi telah mencipta sejarah di pentas berpretij Borneo. Nikita merupakan anak didik Hallan Hashim yang juga merupakan pemain sape profesional Sarawak.

Kecil-Kecil Cili Api, Kenali Nikita Sarna Pemain Sape Termuda Sarawak
Kecil-Kecil Cili Api, Kenali Nikita Sarna Pemain Sape Termuda Sarawak. Sumber gambar: FB Hallan Sape’ Creation

Mula minat pada usia 6 tahun.

Pada usia beliau baru 6 tahun, beliau mula memiliki keinginan untuk belajar bermain sape apabila pada sambutan Hari Natal, Nikita melihat kemeriahan makcik-makciknya menari tarian ngajat dengan iringan musik sape. Selain itu, sepupu beliau juga merupakan individu yang pertama mendedahkan Nikita tentang sosok individu yang kini menjadi pelatihnya, Hallan Hashim.

Kecil-Kecil Cili Api, Kenali Nikita Sarna Pemain Sape Termuda Sarawak
Kecil-Kecil Cili Api, Kenali Nikita Sarna Pemain Sape Termuda Sarawak. Sumber gambar: FB Hallan Sape’ Creation

Menurut Nikita, sewaktu beliau dan ibunya berada di Miri, Sarawak, beliau telah menyatakan keinginannya untuk mempelajari alat musik tradisional ini. Pada ketika itu, Nikita baru sahaja berumur 7 tahun dan ini sangat mengejutkan ibunya.

Perempuan bermain sape dianggap taboo.

Menurut ibu Nikita, memainkan alat musik tradisional sape bukan sesuatu yang mudah. Bahkan, ibunya yang berbangsa Kayan tidak pernah mengerti bagaimana untuk memainkan sape ini. Bukan itu sahaja, hal ini juga masih dianggap taboo untuk generasi tua. Walaupun tidak diketahui dengan lebih lanjut tentang sebab larangan ini, ibunya memberi sepenuh sokongan kepada Nikita untuk menceburi sesuatu yang beliau minat.

Antara salah satu sokongan ibunya terhadap minat Nikita adalah dengan mendapatkan nombor telefon Hallan Hashim pada tahun 2018 supaya Nikita boleh belajar dan menjadi anak didik kepada Hallan. Menurut Nikita, lagu pertama yang dipelajarinya dengan memainkan sape adalah ”Twinkle Twinkle Little Star”.

Walaupun kerap mengalami kecederaan pada jari beliau, ini tidak mematahkan semangat Nikita untuk berusaha menjadi pemain sape yang profesional di masa hadapan. Bahkan, beliau menjadikan Alena Murang antara sosok inspirasi bagi beliau untuk dapat mengikuti jejak langkah Alena bermain sape serata dunia.

Kecil-Kecil Cili Api, Kenali Nikita Sarna Pemain Sape Termuda Sarawak
Sumber gambar: FB Hallan Sape’ Creation

Perjalanan Nikita Sarna masih panjang dan semoga dengan minat dan usaha yang berterusan beliau dapat mengikuti jejak langkah Hallan Hashim dan Alena Murang untuk menjadi pemain sape terkenal dan profesional kelak.

Anak jati Sarawak memang banyak yang berprestasi dalam bidang mereka masing-masing. Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui kejayaan anak Sarawak yang lain:

Autisme Dan ADHD Bukan Penghalang Untuk Cemerlang Bidang Seni, Kenali Anak Sarawak Bernama Aveen Ini

Kenali 5 Anak Sarawak Yang Mengharumkan Nama Malaysia Dalam Bidang Muzik Dan Filem Di Mata Dunia
SUMBER :FB Hallan Sape’ Creation
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Hari Kebangsaan Unik, Warga Sebuyau Berarak Dengan Bot Dihiasi Bendera
Next Article Ini 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Untuk Memulakan Hari Anda Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?