• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape’ Terbaharu Alena Murang Ini

Oleh
Ismail NA
28 Mei 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Muzik video untuk instrumental terbaharu bertajuk ‘Warrior Spirit’ ini mula ditayangkan semalam.

Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape’ Terbaharu Alena Murang Ini. Setelah melakar kejayaannya meraih anugerah Best Styling pada Festival Muzik Video Bueno Aires di Argentina hujung tahun lalu, gadis kacukan Kelabit dan Itali ini terus memukau peminatnya dengan muzik video yang sememangnya bertaraf antarabangsa.

Isi Isi Penting
  • Muzik video untuk instrumental terbaharu bertajuk ‘Warrior Spirit’ ini mula ditayangkan semalam.
  • Inspirasi daripada Nganud Balang, moyang pahlawan Alena
  • Bukan sekadar video muzik tarian semata-mata
  • Busana yang top-notch, berwarna-warni tetapi tetap menggambarkan identiti Borneo
  • Tonton video muzik terbaharu Alena Murang, ‘Warrior Spirit’ di sini :
  • Baca lagi artikel berkaitan;

Kali ini, Alena tampil dengan instrumental terbaharunya yang bertajuk ‘Warrior Spirit’. Trek instrumental gabungan sape’ dan gitar elektrik ini ternyata sesuatu yang segar buat peminat muzik tradisional sape’. Apatah lagi, lagu terbaharu ini mempunyai rentak yang membangkitkan semangat, sesuai dengan tajuk lagunya, ‘Warrior Spirit’ yang membawa maksud Semangat Pahlawan.

‘Warrior Spirit’ ini merupakan instrumental yang menjadikan alunan sape’ sebagai alunan utamanya. Alunan ini juga menggambarkan perasaan seorang pahlawan yang sedang menikmati bayu pagi yang baru menyingsing.

Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape' Terbaharu Alena Murang Ini
Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape’ Terbaharu Alena Murang Ini
Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape' Terbaharu Alena Murang Ini

Inspirasi daripada Nganud Balang, moyang pahlawan Alena

Menurut Alena, trek terbaharu ini sememangnya menunjukkan semangat pahlawan yang diwarisi daripada nenek moyangnya. Jelas Alena lagi, beliau merupakan seseorang yang berasal dari keturunan pahlawan. Moyangnya, Nganud Balang merupakan seorang pahlawan yang gagah dan berani sehingga komunitinya memanggil dengan gelaran ‘Harimau yang mengapungkan kepala musuh di sungai’.

Walaupun adat tersebut tidak lagi diamalkan pada masa kini, namun keturunannya masih mewarisi semangat, kesungguhan, kegagahan dan keberanian untuk melawan sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.

“Saya berpendapat orang Malaysia, malah semua orang di seluruh dunia juga dapat memahami maksud semangat pahlawan ini,”

Alena Murang

Bukan sekadar video muzik tarian semata-mata

Jika anda menonton muzik videonya pula, ia lebih daripada sekadar sebuah video instrumental mahupun video tarian semata-mata. Pengarah muzik video ‘Warrior Spirit’, Sarah Lois Dorai yang juga merupakan sepupu kepada Alena Murang sendiri, memberitahu bahawa muzik video ini berevolusi menjadi sebuah penyataan visual yang menggambarkan identiti dan budaya daripada pelan asalnya yang hanya ingin mengetengahkan video tarian semata-mata.

Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape' Terbaharu Alena Murang Ini

Untuk menghasilkan muzik video ini, ia mengambil masa selama 1 tahun bagi menentukan masa yang benar-benar sesuai dan selamat untuk menjalankan penggambaran selain mengatur semula jadual yang tergendala.

Sarah yang bekerjasama dengan produksi Project Room dan Kanid Studio juga merupakan pengarah untuk muzik video berprestij Alena iaitu Midang-Midang (2019).

Busana yang top-notch, berwarna-warni tetapi tetap menggambarkan identiti Borneo

Bagi mereka yang tertanya-tanya akan tatarias dan rekaan baju yang digunakan oleh Alena dan pasukannya dalam muzik video ini, ianya merupakan sentuhan magis pereka tempatan, Styllar dan jurumekap terkenal, Gebriel Padan. Kesemua rekaan busana yang dipaparkan dalam muzik video ini adalah ilham daripada asal usul Alena sendiri yang merupakan kumpulan Orang Ulu Kelabit serta identiti masyarakat di Borneo, amnya.

Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape' Terbaharu Alena Murang Ini
Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape' Terbaharu Alena Murang Ini
Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape' Terbaharu Alena Murang Ini

Dari saat pertama menonton video muzik ini, pasti mata anda tidak lekang dari keindahan sinematografi, elemen warna dan kegembiraan yang dipancarkan melalui visual muzik video ini. Diiringi pula oleh alunan fusion sape’ dan gitar elektrik berentak rock, fuh memang layan! Meremang wo!

Instrumental ‘Warrior Spirit’ ini turut diiringi oleh ahli kugiran Alena sendiri yang terdiri daripada Joshua Maran, Jonathan Wong Ketshin, Herman Ramanado, dan Jimmy Chong. Ia merupakan sebuah single terkini Alena Murang daripada album terbaharunya, ‘Sky Song’ yang boleh distrim terus dari platform digital seperti Spotify, AppleMusic, KKBox, Youtube Music dan banyak lagi.

Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape' Terbaharu Alena Murang Ini

Untuk pengetahuan anda, album ‘Sky Song’ yang dilancarkan April lalu juga telah dicalonkan unutk anugerah International Indigenous Artis-Group Recording of the Year di Summer Solstice Indigenous Music Awards, Kanada.

Jika anda ingin memiliki album terbaharu Alena ini secara fizikal, anda juga boleh membelinya dalam bentuk CD dan kaset daripada Tandang Store di Kuala Lumpur atau Bandat Record Store di Kuching, Sarawak.

Tonton video muzik terbaharu Alena Murang, ‘Warrior Spirit’ di sini :

Baca lagi artikel berkaitan;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sabah Bakal Dapat Vaksin Sinopharm, Bekalan Berasingan Daripada Program Imunisasi Kebangsaan
Next Article Lelaki 56 Tahun Cabul Dan Rogol Wanita OKU Di Sabah, Suspek Kini Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?