• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kedai Pernah Dirompak, Taktik Peniaga Di Bau Ini Beri Amaran Memang ‘Win’

Oleh
ILB - AI
5 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Kedai Pernah Dirompak, Taktik Peniaga Di Bau Ini Beri Amaran Memang 'Win'

Dah fed up lah ya…

Kedai Pernah Dirompak, Taktik Peniaga Di Bau Ini Beri Amaran Memang ‘Win’. Walaupun kita masih berada dibawah perintah PKPB, ternyata orang jahat sudah bertindak. Nampaknya, perintah tinggal di rumah tidak mencukupi untuk mempertahankan diri daripada rompakan.

Akibat kedai pernah dipecah masuk tak lama dahulu, seorang peniaga menggunakan kaedah yang menghiburkan untuk menghalau perompak yang berpotensi.

Difahamkan, notis amaran tersebut dipapar di sebuah kedai di Bau dan diambil gambar oleh pengguna Facebook ini yang kemudian memuatnaiknya dalam laman Facebook. Post terbabit sudah dikongsi sebanyak 210 kali semasa penulisan.

Kedai Pernah Dirompak, Taktik Peniaga Di Bau Ini Beri Amaran Memang 'Win'
Kedai Pernah Dirompak, Taktik Peniaga Di Bau Ini Beri Amaran Memang ‘Win’

“Jangan Buat Saya Susah…”

Notis amaran itu ditulis dalam Bahasa Melayu dengan nada yang ternyata marah. Anda boleh baca notis itu dibawah:

“Tiada telefon bimbit dan barang bernilai disimpan dalam kedai ini. Hanya tempered glass dan sarung telefon bimbit sahaja. Jangan susah-susah pecah kedai, saya boleh beri satu atau dua secara percuma.”

Akibat berasa ia sangat leceh untuk mengupah tukang membaiki pintu dan kunci mangga serta membuat laporan polis, pemilik premis tersebut menyuruh perompak untuk patuh kepada perintah iaitu berduduk diam di rumah.

Pemilik itu sempat lagi memberi kesedaran tentang virus bahaya yang berpotensi membunuh manusia sekiranya tidak berhati-hati dan kemudian berkata bangunan dipenuhi dengan CCTV jadi segala tindakan perompak yang berpotensi akan dirakam.

Bagi mereka yang inginkan perkhidmatan beliau, beliau pun meninggalkan nombor telefon bimbit untuk kemudahan pelanggan.

Perkhidmatan cash on delivery (COD) pun disediakan tetapi hanya kepada pelanggan dari Bau sahaja. In a way, that’s interesting marketing!

Musim sekarang tidak dinafikan musim yang mencabarkan maka tidak hairanlah jika segelintir orang sudah mulai melakukan perkara yang tidak bagus. Jadi hati-hati disana dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran anda.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sekumpulan Lelaki Terjun Ke Sungai Dipenuhi Buaya Semasa Diserbu Main ‘Holo’
Next Article Servis Semakin ‘Ke Laut’, Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?