• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sekumpulan Lelaki Terjun Ke Sungai Dipenuhi Buaya Semasa Diserbu Main ‘Holo’

Oleh
Ismail NA
5 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Semata-Mata Elak Ditangkap.

Sekumpulan Lelaki Terjun Ke Sungai Dipenuhi Buaya Semasa Diserbu Main ‘Holo’. Adakah anda sanggup ditangkap atau terjun ke sungai yang dipenuhi buaya jika diserbu?

Secara logiknya, pasti anda lebih rela ditangkap daripada kehilangan nyawa sekelip mata. Namun, sekumpulan lelaki ini memilih jalan yang sebaliknya.

Di Limbang, lima orang lelaki bertindak terjun ke dalam sungai yang dipenuhi buaya di Kampung Baru, Kuala Berawan, Limbang.

Mereka yang sedang khusyuk bermain judi ‘holo’ diserbu oleh pihak polis semasa Ops Dadu dan bertindak sedemikian bagi menyelamatkan diri.

Sekumpulan Lelaki Terjun Ke Sungai Dipenuhi Buaya Semasa Diserbu Main 'Holo'
Sekumpulan Lelaki Terjun Ke Sungai Dipenuhi Buaya Semasa Diserbu Main ‘Holo’. Tangkapan di Jeti Kampung Baru, Kuala Berawan, Limbang.
Kredit : DayakDaily

Menurut polis Limbang, daripada kesemua yang terjun ke lubuk buaya itu, dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berenang di dalam sungai tersebut. Manakala tiga orang lagi berjaya ditangkap.

Ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 33 tahun itu mengaku bersalah bermain judi secara haram semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi tangkapan tersebut, pihak polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM 33 yang dipercayai wang taruhan perjudian, empat mangkuk ‘holo’, 18 biji dadu, sebuah beg silang dan sehelai kain bercorak binatang.

Sekumpulan Lelaki Terjun Ke Sungai Dipenuhi Buaya Semasa Diserbu Main ‘Holo’

Dua Daripada Mereka Mempunyai Rekod Jenayah Lampau

Salah seorang lelaki tersebut yang berusia 33 tahun dan merupakan seorang penjual ikan tahai dilaporkan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan judi haram. Manakala, seorang lagi lelaki yang merupakan pemandu lori mempunyai rekod berkaitan dadah.

Nang deras palak.

Di Bau, perkara yang sama turut berlaku apabila 4 individu kantoi bermain ‘holo’ semasa PKPB:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Industri Penerbangan Kian Parah, AirAsia Hentikan 333 Orang Pekerja Industri Penerbangan Kian Parah, AirAsia Hentikan 333 Orang Pekerja
Next Article Kedai Pernah Dirompak, Taktik Peniaga Di Bau Ini Beri Amaran Memang 'Win' Kedai Pernah Dirompak, Taktik Peniaga Di Bau Ini Beri Amaran Memang ‘Win’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?