• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini Senarai Kedudukan Universiti Terbaik Malaysia Dalam QS Rankings 2025

Oleh
Nazihah AN
10 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Ini Kedudukan Senarai Universiti Terbaik Malaysia Dalam QS Rangkings 2025

28 Universiti Malaysia Dalam Senarai QS World University Rankings 2025

Ini Senarai Kedudukan Universiti Terbaik Malaysia Dalam QS Rankings 2025. Sebanyak 28 universiti di Malaysia telah tersenarai dalam ranking terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2025 pada 4 Jun 2024.

Dari jumlah tersebut, 14 universiti sedang berusaha meningkatkan kedudukan mereka, lapan universiti kekal stabil, manakala enam lagi mengalami penurunan dalam kedudukan ranking.

Ini Senarai Kedudukan Universiti Terbaik Malaysia Dalam QS Rangkings 2025

Ini Senarai Kedudukan Universiti Terbaik Malaysia Dalam QS Rankings 2025

Universiti Malaya (UM) telah mencatatkan peningkatan yang mengagumkan dengan melonjak ke tangga 60, menjadikannya salah satu daripada 100 universiti terbaik di dunia.

Peningkatan ketara UM ini disebabkan oleh penunjuk Hasil Pekerjaan yang tinggi serta peningkatan dalam nisbah fakulti kepada pelajar antarabangsa.

Berikut adalah senarai universiti terbaik di Malaysia berdasarkan kedudukan ranking QS 2025:

  1. Universiti Malaya (60)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (138)
  3. Universiti Sains Malaysia (146)
  4. Universiti Putra Malaysia (148)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (181)
  6. Taylor’s University (251)
  7. UCSI University (265)
  8. Universiti Teknologi PETRONAS (269)
  9. INTI International University & Colleges (516)
  10. Sunway University (539)
  11. Universiti Utara Malaysia (554)
  12. Management and Science University (580)
  13. Asia Pacific University of Technology & Innovation (611)
  14. Universiti Tenaga Nasional (641)
  15. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (661)
  16. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (741)
  17. Universiti Tunku Abdul Rahman (801)
  18. Universiti Pendidikan Sultan Idris (951)
  19. Universiti Multimedia (1001-1200)
  20. Universiti Malaysia Sabah (1001-1200)
  21. Universiti Malaysia Sarawak (1001-1200)
  22. Universiti Malaysia Terengganu (1001-1200)
  23. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (1001-1200)
  24. Universiti Kuala Lumpur (1201-1400)
  25. Universiti Malaysia Perlis (1201-1400)
  26. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (1201-1400)
  27. Universiti Sains Islam Malaysia (1401)

Untuk melihat senarai penuh kedudukan ranking universiti dunia, anda boleh melayari pautan yang disediakan.

Menurut Naib Presiden Kanan QS, Ben Sowter, perjalanan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikannya.

Beliau menyatakan bahawa dengan memberi tumpuan kepada pembangunan asas pendidikan yang kukuh di peringkat rendah dan menengah, Malaysia berpotensi memupuk generasi pelajar universiti yang berkualiti pada masa hadapan.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Dari Sri Aman Ke Kota New York, Dr Felicia Genie Anak Iban Pertama Raih PhD Dari Universiti Berprestij
Dua Universiti Perubatan Cina Bakal Dibina Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RM30K Salah Masuk Akaun, Tindakan Mulia Wanita Dipuji Kerana Pulangkan Wang Kepada Pemilik
Next Article Ibu Bergegas Merangkak Dan Memeluk Anak Selepas Dirempuh Kereta Ketika Lintas Jalan Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?