• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
12 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Mulakan hari anda dengan semangkuk mi kolok yang enak.

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching. Biasa dihidangkan sebagai menu sarapan pagi, mi kolok merupakan makanan ikon bagi negeri Sarawak selain daripada Laksa Sarawak.

Isi Isi Penting
  • 1. Satok Flyover
  • 2. Mangkuk Merah
  • 3. Apo’s Noodle
  • 4. LJ Noodle Cafe
  • 5. Warung Kak Bedah
  • 6. Sepinang Sari Cafe & Restaurant

Mi kolok ini juga bakal disenaraikan dalam Makanan Warisan Kebangsaan kerana ia adalah makanan tradisi masyarakat di negeri ini.

Untuk artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 6 port mi kolok terbaik di Kuching buat anda. Port mi kolok yang disenaraikan ini bukan sahaja merupakan pilihan penduduk tempatan, malah rasanya juga memang sedap.

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching
Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching. Kredit foto: I Love Borneo

1. Satok Flyover

Sudah beroperasi lebih dari 20 tahun dan membuka gerainya di pasar lama Satok dahulu, Satok Flyover di Jalan Satok ini antara port mi kolok legend di Kuching. Pemilik Satok Flyover ini juga merupakan seorang Cina, Muslim, jadi mi kolok yang disediakan di sini mempunyai keunikannya tersendiri.

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching
Kredit foto: FB Shahhidan Edan

2. Mangkuk Merah

Terkenal dan menjadi pilihan ramai penduduk tempatan, anda perlu cuba keenakan mi kolok di gerai Mangkuk Merah ini. Terletak di stall no 53, Kubah Ria dan Haida Cafe Satok anda perlu cuba mi kolok di sini.

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching
Kredit gambar: FB Apo’s Noodle

3. Apo’s Noodle

Walaupun merupakan port mi kolok yang baharu, Apo’s Noodle berjaya memasuki senarai ini kerana mereka menyediakan mi kolok yang enak sekali. Rasa mi kolok yang cun dan pelbagai menu mi kolok yang menarik membuatkan orang ramai jatuh cinta dengan makanan di sini. Kalau anda ingin mencuba mi kolok di sini, lokasinya adalah di Pinoy Ihaw Ihaw Fiesta Coffee Shop, belakang Sarawak Plaza.

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching
Kredit foto: I Love Borneo

4. LJ Noodle Cafe

Terletak di Jalan Rubber, LJ Noodle Cafe ini merupakan port makan hidden gem kegemaran orang lokal di Kuching. Menyediakan antara mi kolok terbaik di Kuching, cafe ini juga menjadi pilihan penduduk tempatan untuk menikmati sarapan pagi.

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching
Kredit foto: FB Warung Kak Bedah

5. Warung Kak Bedah

Jika anda tiba-tiba teringin nak makan mi kolok pada belah petang atau malam pula, anda boleh singgah ke Warung Kak Bedah di Jalan Matang Jaya ini untuk menikmati mi kolok yang sedap. Warung Kak Bedah ini juga menjadi port mi kolok kegemaran penduduk tempatan kerana mereka menyajikan menu ini dengan resepi unik mereka sendiri.

Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching
Kredit Foto: FB Sepinang Sari Cafe & Restaurant

6. Sepinang Sari Cafe & Restaurant

Memang takkan jadi senarai port mi kolok terbaik di Kuching lah kalau tak ada nama Sepinang Sari Cafe di Jalan Satok ini! Penduduk tempatan mahupun pelancong semua beratur panjang untuk menikmati semangkuk (atau tiga mangkuk) mi kolok di sini. Bekas Perdana Menteri Malaysia pun pernah makan mi kolok di sini tau, jadi anda juga perlu cuba mi kolok di sini.

Lagi port makan terbaik di Kuching buat anda di sini:

Ini 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Untuk Memulakan Hari Anda Di Kuching
Terbaik Di Kuching, Nasi Lemak Ganja Ini Pasti Akan Buat Anda Ketagih
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Gergasi Flora Dan Fauna, KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda
Next Article Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Rangkul 5 Emas Di Kejohanan Kebangsaan 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?