• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Rangkul 5 Emas Di Kejohanan Kebangsaan 2022

Oleh
Ismail NA
12 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Wah tahniah!

Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Rangkul 5 Emas Di Kejohanan Kebangsaan 2022. Rombongan kontinjen atlet Sarawak ke Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan 2022 menyaksikan 5 atlet Sarawak telah berjaya meraih 5 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Atlet wanita, Tracey Udos Hughes, menjadi wakil tunggal Sarawak memenangi pingat 2 emas menerusi acara Wanita Lengan Kiri kategori 75kg ke atas dan Wanita Lengan Kanan kategori 75kg ke atas.

Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Rangkul 5 Emas Di Kejohanan Kebangsaan 2022
Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Rangkul 5 Emas Di Kejohanan Kebangsaan 2022. Sumber: FB Sarawak Edition SE

Pencapaian membanggakan kontinjen Sarawak

Bagi kategori Junior pula, Acho Prince Kee dan Jong Chi Joon turut tampil cemerlang apabila masing-masing turut meraih 1 pingat emas dan 1 pingat perak. Acho menewaskan pesaingnya di peringkat akhir dalam kategori Lengan Kanan Lelaki Junior bawah 18 tahun atas 70kg, manakala Chi Joon memenangi pingat emas dalam kategori Lengan Kanan Lelaki Junior bawah 18 tahun 78kg ke bawah.

Kedua-dua atlet ini juga berjaya memenangi pingat perak dalam kategori yang sama bagi Lengan Kiri.

Mohd Nor Shyefful Hafiz Bin Duan pula tampil bergaya menghadiahkan pingat emas buat Sarawak menerusi acara Senior Lelaki Lengan Kanan 105 kg ke atas manakala pingat gangsa diraih olehnya menerusi acara yang sama untuk Lengan Kiri.

Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Rangkul 5 Emas Di Kejohanan Kebangsaan 2022
Sumber: FB Sarawak Edition SE
Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Rangkul 5 Emas Di Kejohanan Kebangsaan 2022
Sumber: FB Sarawak Edition SE

Tuah penampilan sulung

Seorang lagi atlet gusti lengan Sarawak, Mohd Syafiq Abdullah juga merangkul tuah 2 pingat PERAK menerusi acara Lelaki Senior Lengan Kiri dan Kanan 70kg. Ini merupakan penampilan sulung beliau dalam sukan gusti lengan di peringkat kebangsaan.

Turut menyumbang dalam kejayaan pasukan Sarawak ini adalah Joseph Wong, yang menduduki tempat kelima daripada 13 senarai peserta keseluruhan untuk kategori Senior Lelaki Lengan Kiri dan Kanan 70 kg.

Kejayaan ini tentunya menjadi pembakar semangat buat pasukan gusti lengan Sarawak untuk terus melakar kejayaan bersejarah dan seterusnya melangkah ke peringkat global mengharumkan nama Malaysia.

Tahniah!

Sebelum ini, pasukan Sarawak juga

Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022
Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching
Next Article Remaja Jatuh Dari Buat Aksi Wheelie Di Taman Sukma Buat Netizen Puas Hati Remaja Jatuh Dari Buat Aksi Wheelie Di Taman Sukma Buat Netizen Puas Hati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?