Civil Aviation Authority of Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan akhbar
Kejadian U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Isu Teknikal Disebabkan Oleh Sistem Pitot-Statik. Pada 3 April yang lalu, sebuah pesawat Malaysia Airlines telah melakukan pusingan U-turn selepas 30 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia dilaporkan pesawat yang dalam perjalanan ke Tawau itu telah menurun dari ketinggian 31,000 kaki kepada 24,000 kaki dalam masa beberapa saat sahaja.
Kini, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai kejadian tersebut dan telah menyatakan bahawa mereka menyemak laporan siasatan keselamatan awal untuk pesawat berkenaan.


Isu teknikal disebabkan oleh sistem pitot-statik
Menurut kenyataan yang diterbitkan oleh CAAM menerusi Facebook rasmi mereka, laporan awal yang diekstrak daripada Flight Data Recorder (FDR) telah ditentukan bahawa isu teknikal berlaku semasa penerbangan disebabkan oleh sistem pitot-statik yang tidak berfungsi dengan betul.
Sistem pitot-statik adalah instrumen yang mengukur perbezaan tekanan untuk menentukan kelajuan dan ketinggian udara. Akibat tidak berfungsi dengan betul, ia telah menghasilkan petunjuk kelajuan palsu di atas kapal dan menyebabkan pesawat itu naik dan menyahaktifkan autopilot.
Sebagai tindak balas kepada ini, tindakan segera dan betul yang patut dibuat oleh juruterbang adalah untuk mendapatkan semula kawalan positif pesawat. Menurut CAAM, ini adalah penting untuk memastikan pesawat berkenaan kekal di bawah kawalan juruterbang, berdasarkan petunjuk tepat yang tinggal dengan menggunakan instrumen yang tinggal.
Data keselamatan menunjukkan input mendadak semasa percubaan untuk mendapatkan semula kawalan semasa juruterbang pesawat itu melakukan manuver pembetulan.


Namun, gerakan itu mengakibatkan perubahan pitch dan ketinggian yang sepadan dengan laporan juruterbang dan pengalaman penumpang di atas kapal. Gerakan pembetulan ini ditambah lagi dengan cuaca buruk yang menyebabkan ketidak selesaan penumpang di dalam kabin.
Tindakan awal kru penerbangan yang diambil dan pelaksanaan pemulihan yang tidak normal dikatakan oleh CAAM “mencukupi mengikut prosedur operasi standard, berdasarkan penyiasatan CAAM terhadap laporan awal dan berdasarkan FDR.”
CAAM mengarahkan Malaysia Airlines Berhad untuk melaksanakan beberapa keperluan
Setelah menyatakan pendapatan siasatan pesawat itu, CAAM juga telah mengarahkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk segera melaksanakan beberapa keperluan untuk mengekalkan keselamatan yang berkesan.
Keperluan tersebut adalah seperti berikut:
- Tingkatkan program Latihan Pencegahan dan Pemulihan (UPRT) MAB untuk menekankan reaksi awal dan masa yang diambil untuk bertindak balas terhadap isu. Ini akan diberi mandat oleh CAAM kepada semua operasi pesawat komersial.
- Mengeluarkan Memo Keselamatan yang dipertingkatkan untuk mewajibkan keperluan untuk tindakan awal yang lebih baik, tindak balas dan memperkukuh pematuhan kepada senarai semak pemulihan yang tidak normal.
- Semak analisis daripada pengeluar pesawat, Syarikat Boeing mengenai kegagalan dan menyelesaikan masalah punca dengan tindakan pembetulan yang dipertingkatkan untuk menambah baik program penyelenggaraan yang telah mematuhi peraturan.
- Semak dengan CAAM mengenai laporan kebolehpercayaan untuk memfokuskan pada kerosakan serupa yang dilaporkan untuk rekod dalam penerbangan bagi armada Boeing 737-800.
- Lengkapkan pemeriksaan Statik Pitot yang merangkumi semua disiplin termasuk ujian pemanasan dan rintangan pada semua pesawat siri Malaysia Aviation Group (MAG) 8737-800 dalam armada.
Sementara itu, CAAM telah mengesahkan bahawa pesawat yang terjejas itu telah digantung sehingga diberitahu kelak dan sedang menunggu analisis teknikal daripada Syarikat Boeing.


Tambah mereka lagi, punca-punca yang dikenal pasti ditangani secara aktif bagi memastikan kaedah latihan dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi semua kakitangan penerbangan yang terlibat.
CAAM juga menambah mereka akan mengeluarkan keperluan tambahan bagi memastikan semua kawasan ditangani dengan teliti seperti yang diperlukan untuk memastikan pematuhan kepada amalan keselamatan terbaik. Mereka juga menegaskan bahawa sistem pengawasan keselamatan di Malaysia yang dikawal oleh mereka adalah “ketat” dan “berkesan dalam menguruskan risiko mengikut peraturan International Civil Aviation Organisation (ICAO).”
Kejadian ini sememangnya pengalaman yang sangat jarang berlaku dan sesuatu yang boleh difahami bukanlan pengalaman yang menyenangkan. Semoga kejadian seperti ini dijauhkan daripada kita dan setiap perjalanan kita sentiasa dilindungi.