• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kayu Belian, Kos Logistik Justifikasi Jeti Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
11 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Kayu Belian, Kos Logistik Justifikasi Jeti Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak

Maklumat tersebut dimuatnaik oleh Unit Komukasi Korporat JKR Sarawak semalam.

Kayu Belian, Kos Logistik Justifikasi Jeti Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak. Setelah tular pelbagai reaksi mengenai jeti kayu bernilai RM50,000 di Sarawak semalam, pihak JKR Sarawak telah memuatnaik satu kenyataan rasmi bagi menerangkan justifikasi di sebalik kos pembinaan jeti kayu tersebut.

Antara justifikasi yang diterangkan adalah seperti berikut :
1. Harga kayu belian yang mencecah RM9 ribu untuk setiap meter kiub, harga ini menurut kenyataan tersebut adalah lebih rendah dari harga pasaran semasa.
2. Faktor logistik, kondisi jalan ke Kampung Mutap yang menggunakan jalan ladang.
3. Faktor keselamatan, mengambil kira kawasan tersebut mempunyai populasi buaya.

Kayu Belian, Kos Logistik Justifikasi Jeti Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak
Kayu Belian, Kos Logistik Justifikasi Jeti Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak : Gambar lokaliti kampung tersebut.

Kronologi pembinaan jeti tersebut bermula pada 21 September 2021 di mana pada asalnya Jeti Keluli telah dicadangkan, namun kos bagi jeti keluli adalah lebih mahal. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, Ketua Kampung tersebut menolak cadangan jeti keluli kerana kos yang tinggi dan sebaliknya memilih jeti kayu belian.

Difahamkan juga bahawa reka bentuk asal yang diminta adalah jeti sepanjang 30 meter beserta sebuah pondok, namun permintaan itu tidak dapat ditunaikan kerana kekangan bajet sebanyak RM50,000 sahaja. Akhirnya, rekaan jeti sepanjang 15 meter tersebut dipersetujui kerana kekangan tersebut.

Menurut kenyataan media tersebut juga, ketua kampung memutuskan akan meminta satu lagi dana daripada ahli dewan undangan negeri (ADUN) di kawasan berkenaan untuk melaksanakan fasa kedua jeti tersebut.

Baca juga, reaksi netizen mengenai jambatan ini yang tular sebelum ini :

Kenali kayu belian, kayu ‘kayangan’ yang tahan lasak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kejadian U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Isu Teknikal Disebabkan Oleh Sistem Pilot-Statik Kejadian U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Isu Teknikal Disebabkan Oleh Sistem Pitot-Statik
Next Article Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000 Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?