• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kejam Mengalahkan Binatang, Lelaki Ini Kantoi Perkosa Kambing Betina Sehingga Terberak Dan Mati

Oleh
Ismail NA
29 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tidak berperikemanusiaan!

Kejam Mengalahkan Binatang, Lelaki Ini Kantoi Perkosa Kambing Betina Sehingga Terberak Dan Mati. Saban hari, ada saja isu dan cerita pelik yang berlaku di Malaysia. Beberapa hari yang lalu, satu kejadian yang menjelikkan terjadi di Hulu Selangor melibatkan perbuatan seks luar tabii antara seorang lelaki dan seekor kambing betina.

Isi Isi Penting
  • Tidak berperikemanusiaan!
  • Lelaki kantoi dalam keadaan separuh bogel, mengaku ‘buat projek’
  • Suspek ada rekod jenayah lampau
  • Lagi artikel berkaitan :

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 60 tahun telah ditahan oleh pihak polis setelah menerima laporan mengenai perbuatannya merogol seekor kambing betina sehingga kambing tersebut terberak dan mati. Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu di belakang rumah pemilik kambing.

Lelaki kantoi dalam keadaan separuh bogel, mengaku ‘buat projek’

Menerusi gambar laporan polis yang tular di media sosial, pemilik kambing yang juga merupakan seorang wanita mendakwa telah mendengar kambing peliharaannya berbunyi pelik sekitar jam 1.30 tengah hari, Selasa lalu. Wanita berkenaan segera membuat pemeriksaan di belakang rumah dan mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel dan sedang memakai seluar.

Kejam Mengalahkan Binatang, Lelaki Ini Kantoi Perkosa Kambing Betina Sehingga Terberak Dan Mati
Kejam Mengalahkan Binatang, Lelaki Ini Kantoi Perkosa Kambing Betina Sehingga Terberak Dan Mati. Sumber : Facebook

Apabila ditanya tentang kehadirannya di tempat kejadian, suspek mengaku bahawa dia sedang ‘membuat projek’ atau dalam erti kata lain, merogol kambing tersebut. Suspek kemudian terus melarikan diri.

Setelah diperiksa dengan lebih lanjut, kambing betina tersebut telah pun mati dalam keadaan terdapat najis yang keluar dari duburnya.

Susulan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor menahan suspek semalam di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah pada jam 10.50 pagi. Sepasukan anggota dari Unit Forensik Polis Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu turut dikerahkan ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Suspek ada rekod jenayah lampau

Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah.

Jasad kambing tersebut dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin memberitahu bahawa kes telah selesai memandangkan suspek telah ditahan dan berjaya mengurangkan kegusaran masyarakat setempat.

Jika suspek disabitkan kesalahan, suspek tersebut boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 20 tahun, denda dan sebat. Bagi kesalahan melakukan kecuaian berkaitan haiwan, individu boleh dipenjara hingga tempoh 6 bulan, denda sehingga RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kejam Mengalahkan Binatang, Lelaki Ini Kantoi Perkosa Kambing Betina Sehingga Terberak Dan Mati
Sumber : Facebook

Lagi artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Isu Biadap Terhadap Orang Tua Gelandangan, Carl Samsudin Buat Permohonan Maaf Kepada Satu Malaysia
Next Article Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?