• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan

Oleh
Nazihah AN
29 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan

Baginda menzahirkan rasa amat dukacita melalui Facebook rasmi Istana Negara.

Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada Isnin lalu, 26 Julai 2021. Dimaklumkan bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan oleh Baginda.

Isi Isi Penting
  • Baginda menzahirkan rasa amat dukacita melalui Facebook rasmi Istana Negara.
  • Pembatalan belum dapat perkenan baginda tetapi sudah dilaksanakan
  • Kerajaan gagal hormati prinsip kedaulatan undang-undang Rukun Negara, membelakangi Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara
  • Lagi di sini:

Berkenaan dengan persidangan Parlimen dalam waktu darurat, ianya adalah sejajar dengan saranan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam Perbincangan khas yang telah diadakan pada 16 Jun 2021 supaya persidangan Parlimen dapat diadakan sebelum tamatnya tempoh Darurat.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang. Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan
Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan

Pembatalan belum dapat perkenan baginda tetapi sudah dilaksanakan

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan oleh Baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Yang Berbahagia Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan
Kerajaan Batalkan Darurat Sejak 21 Julai, YDP Agong Murka Pembatalan Tak Minta Perkenan

Kerajaan gagal hormati prinsip kedaulatan undang-undang Rukun Negara, membelakangi Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen. Kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seri Paduka Baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda, selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik COVID-19 ini.

Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kejam Mengalahkan Binatang, Lelaki Ini Kantoi Perkosa Kambing Betina Sehingga Terberak Dan Mati
Next Article Salahguna Kebenaran Rentas Daerah, Polis Cekup Lelaki Kantoi Bawa Masuk 80 Kilogram Ketum Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?