• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengurus Dedah Rahsia Mengapa Kek Viral Mentega Keju Mita Unik Dan Wangi

Oleh
Nazihah AN
2 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Pengurus Dedah Rahsia Mengapa Kek Viral Mentega Keju Mita Unik Dan Wangi

Pengunjung dari Kuala Lumpur sanggup beratur panjang pukul 8 pagi

Pengurus Dedah Rahsia Mengapa Kek Viral Mentega Keju Mita Unik Dan Wangi. Walaupun hujan lebat, ramai pelanggan beratur di luar kedai bakeri cawangan Satok itu untuk mendapatkan kek keju mentega yang lazat.

Menurut laporan media tempatan, terdapat ramai pengunjung dari Kuala Lumpur, yang bersedia beratur seawal jam 8 pagi untuk membawa pulang rasa keenakan kek Butter Mita.

Ini sebab kenapa Mita hadkan kuantiti kek dalam masa sehari

Oleh sebab jumlah pelanggan yang begitu ramai, kedai bakeri Mita telah menetapkan had dua kotak kek Butter Mita untuk setiap pelanggan.

“Kek ini adalah produk pelancongan untuk Sarawak tetapi kami juga mahu memastikan kualiti kek itu dijaga. Jadi, buat masa ini kami letakkan had,” kata pengurus cawangan Satok, Ch’ng Siaw Yian.

Menurut pengurus Mita cawangan Satok, resipi istimewa kek itu dibuat sendiri oleh bakeri itu.

“Kek ini wangi di mana ada bau keju dan bau susu pekat. Dan apabila mereka merasai kek itu, mereka tahu bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk produk kek ini bukan biasa dan mempunyai aroma tersendiri.”

Lapor pemberita The Borneo Post, bahan-bahan untuk meningkatkan rasa dan aroma mentega dan keju dibuat oleh pembuat roti mereka sendiri. Ia adalah bahan yang sangat istimewa dan terhad.

Oleh kerana populariti mereka, kek-kek itu dibakar setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 3 petang. Ch’ng mendedahkan bahawa proses untuk membuat satu kumpulan kek mengambil masa dua jam.

“Untuk itu, kami hadkan pengeluaran produk sehari kepada 500 kek sahaja untuk menjaga dan mengawal kualiti kek ini,” katanya.

“Kami tidak mahu mengambil risiko membuat rasa kek kami berbeza. Konsisten adalah yang paling penting. Apa yang penting bagi kami adalah menjaga kualiti kek.”

Apabila ditanya media tempatan mengenai video Hael yang tular, Ch’ng berkata dia tidak menjangka bakeri itu akan dipenuhi dengan begitu ramai pelanggan.

“Saya gembira bahawa dia menyokong kami dan yang penting adalah dia suka kek itu,” tambahnya.

Macam mana pulak Hael boleh memberi pengaruh kepada orang ramai berkenaan Kek Butter Mita ni? Baca di bawah:

Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung
Ketahui Kek Butter Mita, Ole-Ole Wajib Sekiranya Anda Ke Sarawak
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Dari Semenanjung Kagum Dengan Budaya Berebong Orang Sarawak Lelaki Dari Semenanjung Kagum Dengan Budaya Berebong Orang Sarawak
Next Article Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?