• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengusaha Kek Lapis Di Samarahan Ini Dedah Kek Terbaharu Berharga RM1.7K

Oleh
Nazihah AN
3 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengusaha Kek Lapis Sarawak Di Samarahan Ini Dedah Kek Terbaharu Berharga RM1.7K

Tular Kek Lapis Berharga RM1,700

Pengusaha Kek Lapis Di Samarahan Ini Dedah Kek Terbaharu Berharga RM1.7K. Jika sebelum ini pengusaha kek lapis pernah mengejutkan ramai dengan kek lapis baklava berharga RM650, kini mereka sekali lagi mencuri perhatian dengan kek lapis misteri yang dijual pada harga RM1,700 seloyang.

Tetapi apa sebenarnya yang menjadikan kek ini begitu istimewa dan berbaloi dengan harga premium tersebut?

Pengusaha Kek Lapis Sarawak Di Samarahan Ini Dedah Kek Terbaharu Berharga RM1.7K

Rahsia di Sebalik Kek Lapis RM1.7K

Menurut perkongsian di Facebook, kek lapis terbaru ini menggunakan bahan premium dan melalui proses penyediaan yang sangat teliti. Berikut adalah antara beberapa sebab mengapa harga kek ini begitu tinggi:

  • Menggunakan coklat couverture premium sebanyak 1.2KG
  • Tidak menggunakan gula putih – lebih sihat dan berkualiti
  • Mempunyai warna hitam elegan yang unik dan mewah
  • Mengambil masa 7 jam untuk disiapkan – proses melapis yang sangat rumit
  • Melalui 17 kali ujian R&D sebelum mendapat rasa yang sempurna
  • Saiz 9×9 inci dengan harga RM1,700

Kek ini juga dikenali sebagai “kek misteri” dan namanya dikatakan bermula dengan perkataan “BLACK” – boleh teka tak nama penuh kek ini?

Tular di Media Sosial

Seperti yang dijangka, kek lapis ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang cuba meneka nama kek lapis misteri RM1.7K ini. Berdasarkan komen-komen di Facebook, pelbagai nama kreatif diberikan seperti Black Eyes, Black Secrets, Black Golden Coklat, dan Black Seribu Tujuh.

Abg K’ju juga memberi petunjuk bahawa kek lapis premium ini bakal menjadi kegemaran peminat keju dan coklat pada tahun 2025.

Baca cerita menarik di bawah:

Ini Alasan Kenapa Pengusaha Kek Lapis Baklava Jual Kek Dengan Harga RM650 Seloyang
Kecantikan Kek Lapis Sarawak Menarik Perhatian Media Antarabangsa
SUMBER :FB Abg K'ju Cake House
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Mudah Tukar Nama Kenderaan Secara Online Tanpa Pergi JPJ
Next Article Ops Selamat Tahun Baru Cina 2025, 17 Motosikal Ditahan Dan 285 Saman Dikeluarkan Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?