• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Alasan Kenapa Pengusaha Kek Lapis Baklava Jual Kek Dengan Harga RM650 Seloyang

Oleh
Aina Musa
8 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Ini Alasan Kenapa Pengusaha Kek Lapis Baklava Jual Kek Dengan Harga RM650 Seloyang

Ada ke pemberani yang mampu beli kek dengan harga keras ni?

Ini Alasan Kenapa Pengusaha Kek Lapis Baklava Jual Kek Dengan Harga RM650 Seloyang. Sebut je nama Sarawak mesti anda terus terbayang dengan aneka kek lapis yang sering dijadikan sebagai buah tangan warga Semenanjung yang datang ke Bumi Kenyalang ini.

Bukan sahaja enak dari segi rasa, rupanya yang menarik dengan pelbagai lapisan warna menjadikan kek lapis sebagai cenderamata pengunjung yang datang ke Sarawak.

Ini Alasan Kenapa Pengusaha Kek Lapis Baklava Jual Kek Dengan Harga RM650 Seloyang. Sumber: Facebook

Baru-baru ini, seorang pemilik kek mendapat perhatian ramai apabila menawarkan kek lapis dengan harga kayangan.

Adha Brahim, 36, berasal dari Kampung Pinang berkata, manisan Turki Baklava adalah bahan utama yang digunakan untuk membuat kek lapis tersebut.

Menurut pengusaha kek tersebut, minatnya terhadap Baklava mencetuskan ideanya untuk mencipta kek lapis yang diberi nama sebagai ‘Kek Lapis Baklava’.

Menariknya, kek tersebut ditawarkan pada harga yang agak ‘keras’ iaitu RM 650 seloyang. Fuhh, betul-betul keras woo!

Tambahnya, bahan-bahan yang digunakan adalah premium dan tidak hairanlah harga untuk seloyang kek tersebut diletakkan pada harga yang agak tinggi.

Setiap adunan kek lapis itu juga memerlukan dua kilogram manisan Baklava.

Bagaimanapun, katanya, terdapat empat saiz kek lapis Baklava itu yang dijualnya bagi memastikan orang ramai mampu membeli dan merasai kek tersebut.

Buat anda yang ingin merasai kek kayangan ini tetapi tidak berkemampuan, anda bolehlah dapatkan satu slice kek tersebut pada harga RM 2.50 sahaja.

Baca lagi artikel menarik:

Rumah Dihias Penuh Dengan Lampu Raya Di Kabong Ini Tarik Perhatian Netizen
Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Dihias Penuh Dengan Lampu Raya Di Kabong Ini Tarik Perhatian Netizen
Next Article Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?