• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih,” Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP

Oleh
Nazihah AN
12 Julai 2021
Kongsi
8 Min Bacaan
“Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih,” Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP

Bangga tayang tak mengikut SOP semasa berada di luar di media sosial.

“Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih,” Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP. Sedang kita tengah bersusah-susah menjaga SOP dan menahan diri untuk keluar rumah, ada saja individu yang mengabaikan saranan daripada KKM ini. Ia adalah susulan tular sebuah video Tiktok seorang gadis BBNU (budak baru nak up) Sarawak yang kelihatan keluar bersama kekasihnya di waktu pandemik yang sedang memuncak ini.

Isi Isi Penting
  • Bangga tayang tak mengikut SOP semasa berada di luar di media sosial.
  • “Like sis bro, you boleh lagi post dekat TikTok?”
  • Gadis BBNU buat penafian di IG story, katanya keluar atas urusan kerja
  • Bengang bila disamakan dengan orang beratur di McD
  • Sikap angkuh gadis BBNU ini rupanya pernah dihidu oleh netizen
  • Rajutan asal telah dipaksa untuk dipadam
  • Pengikut banyak tanda anda layak digelar seorang ‘influencer’? Tidak semestinya. Ini artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini tentang ciri-ciri ‘influencer’ sejati :

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang netizen di laman Twitter, @fatinzakieyya melalui sebuah rajutan yang tular mengatakan bahawa gadis BBNU Sarawak tersebut mengambil kesempatan keluar semasa pandemik ini.

"Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih," Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP
Sumber : Twitter @fatinzakieyya
"Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih," Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP
Sumber : Twitter @fatinzakieyya
"Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih," Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP
Sumber : Twitter @fatinzakieyya

“Like sis bro, you boleh lagi post dekat TikTok?”

Melalui rajutan ini, pengguna Twitter ini nyata tidak berpuas hati dengan gadis BBNU yang terkenal di TikTok tersebut kerana sewenang-wenangnya keluar semasa musim pandemik ini. Apa yang lebih menyakitkan hati, perbuatannya itu dirakam dan dimuat naik ke TikTok seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dalam kebanyakan videonya di laman TikTok juga, gadis BBNU ini tidak mengikut SOP seperti memakai pelitup muka dan berada di luar bersama individu yang didakwa adalah kekasihnya.

Nasihat pengguna Twitter ini di video TikTok gadis BBNU itu seperti mana dalam tangkap layar yang ditunjukkan dalam rajutan ini juga sempat dicelah oleh seorang individu dengan mengatakan bahawa @fatinzakieyya cemburu. Namun, perkara tersebut dinafikan oleh beliau kerana ia adalah sebuah komen berbentuk nasihat untuk kebaikan ramai orang.

“Like sis bro, you boleh lagi post dekat TikTok? Come on, anda sebagai ‘influencer’ jangan jadi dungu dan sombong. Anda tahu kuasa seorang ‘influencer’ boleh mempengaruhi ramai orang bukan? Jadi, jangan jadi dungu,”

Twitter @fatinzakieyya

“I know they will be questioning themselves like “kenapa diorang dua boleh keluar, kenapa orang lain tak boleh pulak”. Jangan pentingkan diri, tolonglah. Duduk dekat rumah. Tak boleh sabar ke tunggu PKP habis. Awak memang nak m*ti ke kalau tak jumpa kekasih?

Twitter @fatinzakieyya

“Kekalkan SOP kecuali bersama gerek” – Netizen

Tindakan @fatinzakieyya membuat rajutan di Twitter tersebut telah meraih sebanyak 800 ulang ciap dan 50 balasan dari netizen yang turut memberi komen dan nasihat serta menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Ramai yang bersetuju dengan rajutan gadis ini dan menganggap ianya tidak adil sedangkan ramai yang tengah menahan diri untuk keluar semasa musim Covid ini.

Ada juga yang menyindir gadis BBNU tersebut dengan ciapan “Kekalkan SOP kecuali bersama gerek (kekasih)”.

Sumber : Twitter @fatinzakieyya
Sumber : Twitter @fatinzakieyya
Sumber : Twitter @fatinzakieyya
Sumber : Twitter @fatinzakieyya

Gadis BBNU buat penafian di IG story, katanya keluar atas urusan kerja

Walaupun telah dinasihati oleh netizen dan berharap agar gadis tersebut memadamkan video atau mengungkapkan kata maaf, namun sebaliknya gadis tersebut memuat naik status di IG story nya dengan menyatakan bahawa mereka keluar atas urusan kerja dan tidak memakai pelitup muka atas alasan tiada orang berada di sekeliling mereka pada waktu itu.

“Wuuuu!! Viral ke sis? Sibuk nak cakap sana sini tanpa tahu apa-apa terus nak judge orang? Jap jap, masa kerja memang takde rest ke? Ramai je manusia beratur pergi McD semua tak bunyi pulak? Tempat yang aku pergi langsung tak sesak”

Bengang bila disamakan dengan orang beratur di McD

Bukan hanya itu, balasan komen gadis tersebut juga tidak masuk akal apabila disamakan dengan keluar bersama kekasihnya dengan orang yang beratur di McDonald. Apabila diteliti, keluar jalan-jalan dan beratur di McD adalah dua situasi yang sangat berbeza, dimana Mcd hanya dibenarkan untuk drive-thru. Situasi di McD adalah sangat berlainan dengan situasi gadis ini di mana pekerja dan orang yang membuat pesanan, kedua-duanya memakai pelitup muka dan hidung. Makanan hanya boleh dibungkus bawa balik dan tidak boleh keluar kereta untuk mengambil makanan.

Sedangkan gadis ini terang-terangan kelihatan bersenang lenang dalam video TikTok? Hmm.

"Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih," Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP

Sikap angkuh gadis BBNU ini rupanya pernah dihidu oleh netizen

Sikap angkuh dan sombong gadis tersebut sebelum ini juga pernah dihidu oleh netizen apabila beliau memberikan respon dan komen sarkastik di video salah sebuah rancangan bual bicara saluran TV tempatan. Dalam video tersebut, gadis ini telah diundang ke rancangan tersebut sebagai ‘influencer’ Sarawak.

Komen netizen yang mencadangkan agar gadis ini tidak dipanggil ‘influencer’ telah dibalas dengan sarkastik oleh gadis BBNU ini.

“Heh, saya memang influencer. Awak je yang taktau and please jangan benci saya. Kesian sikit dekat saya, hari-hari saya dapat hate kalau tak tahu. Anda jangan terus dendam kalau saya influencer sebab, saya memang terkenal dari dulu. Oops, bye haters.”

“Ah, thank you. Saya memang guna duit saya sendiri dari saya SPM lagi, memang ramai yang dengki kat saya sebab, saya ada kereta sendiri dan saya terkenal. Saya pun tak kisah la sebab, saya kan ada banyak fans so diorang akan protect saya dari hates, haa dah, bye uh.”

Rajutan asal telah dipaksa untuk dipadam

Namun demikian, @fatinzakieyya terpaksa memadam rajutan tersebut di Twitter atas desakan gadis tersebut dan juga kawan-kawannya yang telah menjemputnya dalam kumpulan sembang (group chat). Walaupun @fatinzakieyya dan gadis BBNU tersebut dilaporkan telah sama-sama memohon maaf, namun situasi ini seolah-olah tidak terhenti di sini kerana tindakan provokasi yang bertali arus rakan-rakan dan teman lelaki gadis tersebut.

"Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih," Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP
Sumber : Twitter @fatinzakieyya
"Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih," Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP
Sumber : Twitter @fatinzakieyya
"Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih," Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP
“Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih,” Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP

Pengguna Twitter ini mengakhiri rajutan terkininya dengan mengatakan bahawa sesiapa yang menyokong perbuatan yang dilakukan oleh gadis BBNU tersebut adalah golongan yang ‘sakit’ dan tiada empati terhadap situasi semasa.

Seperti yang telah diumumkan oleh pihak KKM berkenaan dengan pengambaran di luar (public photoshoot) adalah tidak dibenarkan. Begitu juga dengan aktiviti hiburan seperti aktiviti kelab malam atau pub, panggung wayang dan karaoke manakala aktiviti memancing juga tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan untuk sara hidup. Hal ini sudah termaktub dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 Negeri Sarawak.

"Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih," Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP

Nasihat untuk anda semua, sentiasa mengikut SOP ketika anda dimana sahaja. Pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka, kerana wabak COVID-19 ini belum berakhir. Hanya keluar apabila perlu sahaja. Fikir dahulu sebelum bertindak.

Pengikut banyak tanda anda layak digelar seorang ‘influencer’? Tidak semestinya. Ini artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini tentang ciri-ciri ‘influencer’ sejati :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Rabies Dikesan Di Taman Samarindah, Individu Pernah Digigit Anjing Diminta Tampil
Next Article Arab Saudi Akhirnya Iktiraf Vaksin Sinovac Untuk Kemasukan Ke Negara Tersebut

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?