• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Rabies Dikesan Di Taman Samarindah, Individu Pernah Digigit Anjing Diminta Tampil

Oleh
Ismail NA
12 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kita masih belum bebas wabak rabies.

Pada tanggal 1 Julai 2017 yang lalu, wabak anjing gila atau rabies telah diisytiharkan di Sarawak dengan jumlah kes sebanyak 35 buah kes yang mengakibatkan 33 kematian. 2 bekas pesakit kanak-kanak yang masih hidup pula mengalami komplikasi neurologi yang teruk.

Isi Isi Penting
  • Kita masih belum bebas wabak rabies.
  • 5 kes rabies dikesan di Sarawak, 2 kematian setakat Julai 2021
  • Pemilik haiwan peliharaan terutamanya anjing digesa dapatkan suntikan anti-rabies setiap tahun
  • Pada tahun 2020, sebanyak 8 kes rabies dilaporkan di Sarawak :

Setelah beberapa ketika, wabak ini nampaknya masih terdapat dalam Sarawak apabila sebuah kes positif rabies dikesan di Taman Samarindah, Kota Samarahan. Perkara ini dimaklumkan menerusi satu pengumuman oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan.

Susulan kes positif baharu tersebut, PKB Samarahan telah menggesa orang ramai yang pernah digigit anjing atau dicakar kucing sejak 1 April 2021 yang lalu dan belum menerima sebarang rawatan untuk tampil menghubungi PKB Samarahan di talian 082-661 096 / 082-661 094 / 082-661 153.

Anda boleh menghubungi talian tersebut bermula pada hari Isnin sehingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang.

Kes Rabies Dikesan Di Taman Samarindah, Individu Pernah Digigit Anjing Diminta Tampil
Kes Rabies Dikesan Di Taman Samarindah, Individu Pernah Digigit Anjing Diminta Tampil

5 kes rabies dikesan di Sarawak, 2 kematian setakat Julai 2021

Mengikut data, sebanyak 5 kes rabies melibatkan manusia termasuk yang terbaharu di Taman Samarindah ini telah dikesan di Sarawak pada tahun ini. Dua kematian dicatatkan pada 6 dan 12 Mei yang lalu akibat rabies encephalitis.

Mangsa pertama yang tinggal di Rh Janggu, Sungai Tepus, Selangau dikatakan telah mendapat gigitan anjing pada bulan Mac namun terlambat untuk mendapatkan rawatan susulan menyebabkan komplikasi sebelum disahkan meninggal dunia.

Mangsa kedua yang merupakan pekerja kilang papan lapis di Stapang, Selangau pula mempunyai sejarah gigitan anjing di bahagian betis dan dagu oleh dua anjing berbeza milik rakan sekerjanya pada bulan Februari dan Mac lalu. Namun, mangsa tidak mencuci luka dengan air mengalir serta sabun selama 15 minit, dan tidak pernah mendapatkan rawatan selepas digigit anjing. Kesihatan mangsa semakin merosot sejak awal Julai sehingga akhirnya meninggal dunia pada 12 Mei.

Kes Rabies Dikesan Di Taman Samarindah, Individu Pernah Digigit Anjing Diminta Tampil
Sumber : BERNAMA

Pemilik haiwan peliharaan terutamanya anjing digesa dapatkan suntikan anti-rabies setiap tahun

Justeru, orang awam di Sarawak yang mempunyai haiwan peliharaan dinasihatkan untuk sentiasa mengekalkan tahap kesihatan diri yang optimum seperti mencuci tangan menggunakan air mengalir dan sabun selepas mengendalikan haiwan peliharaan. Selain itu, pemilik haiwan juga haruslah memastikan haiwan peliharaan terutamanya anjing dibawa untuk suntikan anti-rabies setiap tahun supaya dilindungi daripada jangkitan virus rabies.

Haiwan peliharaan juga disarankan untuk tidak dilepaskan bebas berkeliaran bagi mengelakkan risiko dijangkiti rabies oleh anjing atau kucing liar atau haiwan mamalia liar lain. Anda juga dinasihatkan untuk tidak menangkap, menyentuh atau membunuh haiwan peliharaan yang berubah tingkah laku termasuk menjadi agresif atau muram. Laporkan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut.

Pada tahun 2020, sebanyak 8 kes rabies dilaporkan di Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Filem Janet Sumpah Terlarang, Lagenda Hantu Terkenal Sarawak Bakal Ditayangkan Di Astro First
Next Article “Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih,” Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP “Kekalkan SOP Kecuali Bersama Kekasih,” Netizen Bengang Gadis BBNU Sarawak Ini Keluar Sesuka Hati Semasa PKP

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?