• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Kepada 223 Kali Seminggu Mulai 1 November Ini

Oleh
Husna Hazmi
28 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Diharapkan dengan penambahan kekerapan penerbangan ini, tak ada lagi harga tiket yang terlalu mahal bagi rakyat.

Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Kepada 223 Kali Seminggu Mulai 1 November Ini. Dilaporkan bahawa, penerbangan ke Sarawak kini telah ditambah daripada 89 penerbangan kepada 223 penerbangan seminggu bermula 1 November 2021 ini.

Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Kepada 223 Kali Seminggu Mulai 1 November Ini
Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Kepada 223 Kali Seminggu Mulai 1 November Ini.

Setakat ini semua penerbangan telah dimaklumkan oleh MAVCOM

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menerusi satu kenyataan, setakat ini semua penerbangan telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenai kekerapan baharu penerbangan yang diluluskan ini. 

Dengan kelulusan ini, beliau berkata semua penerbangan Malaysia Airlines Berhad, AirAsia Berhad, Malindo Airways Sdn Bhd, Scoot Tigerair Pte Ltd dan MASwings Sdn Bhd perlu mengesahkan jadual penerbangan mereka kepada MAVCOM. 

“Dengan peningkatan ini, penerbangan dari luar Sarawak ke Kuching akan meningkat daripada 44 kali seminggu kepada 114 kali seminggu manakala penerbangan ke Miri meningkat daripada 19 kali seminggu kepada 40 kali seminggu. 

“Sibu pula, penerbangan meningkat daripada 8 kali seminggu kepada 31 kali seminggu, Bintulu (6 kali seminggu kepada 24 kali seminggu), Limbang dan Lawas (lima kali seminggu kepada 7 kali seminggu) manakala Mulu kekal 7 kali seminggu,” katanya. 

Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Kepada 223 Kali Seminggu Mulai 1 November Ini

Memulakan operasi untuk kekerapan baharu penerbangan

Kini, terpulang kepada syarikat penerbangan untuk memulakan operasi untuk kekerapan baharu penerbangan yang dijadual 1 November ini, tambah Lee lagi

Butiran terperinci akan dimuatnaik di laman web Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) di [email protected] sebaik maklumat diterima dari semua syarikat penerbangan menerusi MAVCOM, jelas beliau. MOTS katanya percaya dengan peningkatan kekerapan penerbangan ini akan mengurangkan harga tambang penerbangan pergi dan balik ke Sarawak.

“Kami dimaklumkan oleh syarikat penerbangan bagi mereka yang mahu mendapatkan tambang murah, mereka perlu merancang perjalanan mereka serta menempah penerbangan mereka lebih awal. 

“Selain itu, kami juga mahu mengingatkan semua penumpang dan pelancong yang datang ke Sarawak untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” kata beliau. 

Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Kepada 223 Kali Seminggu Mulai 1 November Ini

Di samping itu, JPBNS pada 1 Oktober lepas telah meluluskan kekerapan penerbangan masuk ke Sarawak daripada 22 kepada 89 penerbangan seminggu. 

Meskipun sudah ditingkatkan, MOTS masih menerima aduan daripada orang awam memohon kerajaan untuk meningkatkan lagi kekerapan penerbangan ke Sarawak. 

MOTS telah mengkaji maklum balas daripada orang ramai dan mencadangkan kepada JPBNS, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan MAVCOM pada 25 Oktober untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ini daripada 89 kepada 223 seminggu. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sentuhan Minimalis Dan Klasik, Ini 3 Kedai Kopi Indie Yang Unik Di Kuching
Next Article Pedas Menyengat, Jenama Dengan ‘Packaging’ Menawan Ini Diperbuat Daripada Cili Kunak Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?