• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pedas Menyengat, Jenama Dengan ‘Packaging’ Menawan Ini Diperbuat Daripada Cili Kunak Sabah

Oleh
Ismail NA
28 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Pedas dia tak main-main okay!

Pedas Menyengat, Jenama Dengan ‘Packaging’ Menawan Ini Diperbuat Daripada Cili Kunak Sabah. Kalau anda pergi ke kedai kopitiam terutamanya di Sabah, pasti anda akan perasan terdapat sebalang cili atau lada kisar yang disediakan untuk menambah keenakan makanan anda.

Isi Isi Penting
  • Pedas dia tak main-main okay!
  • Ingatkan jenama dari Mexico tapi rupanya…
  • Cili yang menjadi identiti dan ‘trademark’ daerah Kunak
  • Lagi produk lokal Sabah yang berkualiti tinggi :

Cili yang enak ini boleh anda miliki sendiri tanpa perlu bersusah payah untuk menghasilkannya dari awal. Dengan ‘packaging’ yang mantap dan rasa pedas yang menyengat dan enak, sos cili momporok SABASCO adalah sesuatu yang patut anda cuba! Sos cili momporok SABASCO ini tersedia dalam 2 variasi kepedasan iaitu Pedas Original dan Pedas Manis.

Pedas Menyengat, Jenama Dengan ‘Packaging’ Menawan Ini Diperbuat Daripada Cili Kunak Sabah. Kredit foto : Facebook Sabasco Sabah

Mungkin ramai yang sebelum ini menganggap bahawa jenama ini adalah jenama dari luar negara kerana namanya yang unik dan tidak tipikal seperti nama jenama lokal. Namun, terdapat penjelasan di sebalik nama SABASCO ini.

Ingatkan jenama dari Mexico tapi rupanya…

Menurut Datuk Joseph Ambrose Lee, Pengarah Eksekutif Borneo Oil yang merupakan syarikat induk yang memiliki rangkaian restoran SugarBun serta pengeluar sos SABASCO, nama SABASCO ini sebenarnya adalah nama panggilan hasil daripada gabungan nama ‘Sabah Company’.

Kredit foto : Facebook Sabasco Sabah

Untuk penghasilan sos cili SABASCO ini, mereka menggunakan Cili Momporok yang ditanam khas di Kunak, Sabah. Momporok merupakan nama timangan untuk sejenis cili yang ditanam di kawasan Kunak, Sabah. Momporok berasal dari Bahasa Dusun yang bermaksud cili burung Bulbul. Masyarakat tempatan mempercayai bahawa biji benih cili ini disebarkan oleh burung Bulbul dan tersebar sehingga ke Kunak, Sabah.

Disebabkan Kunak merupakan kawasan tanah gunung berapi, cili Momporok ini tumbuh subur dan memiliki aroma pedas yang unik berbanding cili lain di Sabah.

Kredit foto : SABASCO

Sabah juga merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai jenis tanaman cili yang berbeza rasa disebabkan struktur muka bumi yang bervariasi dan kompleks.

Oleh yang demikian, sos cili ini juga turut digelar dengan nama sos cili ‘Momporok’ SABASCO.

Cili yang menjadi identiti dan ‘trademark’ daerah Kunak

Untuk menghasilkan sos cili momporok SABASCO ini, ia dituai daripada cili yang ditanam oleh peladang tempatan. Cili ini juga hanya dipetik apabila ia telah melebihi waktu masak yang sepenuhnya. Kemudian, hanya cili yang terbaik sahaja dipilih untuk diproses menjadi sos cili momporok ini.

Dengan penghasilan sos cili momporok SABASCO ini, ia telah membuka peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk Kunak selain membantu industri penanaman cili momporok ini ke arah penanaman yang lebih mesra semula jadi.

Kredit foto : SABASCO

Jika anda menjamu selera bersama sos cili momporok ini, anda boleh memerahkan sedikit limau kasturi atau mencampurkannya bersama kicap soya. Nang ngesit nyum nyum!

Anda boleh mendapatkan sos cili momporok ‘SABASCO’ ini beberapa rangkaian utama pasaraya di Sabah dan Sarawak seperti H&L, LePapa, Choice, Hon Yan, Fresh Mart, Nutribest, CCK, CKS, Servay dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan sos ini di cawangan Sugarbun, BAF, Broasted atau Pezzo yang berdekatan serta Shopee.

Lagi produk lokal Sabah yang berkualiti tinggi :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Kepada 223 Kali Seminggu Mulai 1 November Ini
Next Article TULAR : Video Individu Kayuh Basikal Hampir Sebabkan Kemalangan Di Kuching TULAR : Video Individu Kayuh Basikal Hampir Sebabkan Kemalangan Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?