I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Boleh Guna Apa-Apa Kaedah, Kelonggaran Diberikan Buat Sarawak Dalam Sistem Pendidikan

Oleh Husna Hazmi
18 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Usaha bagi meningkatkan keberkesanan dalam sistem pendidikan

Boleh Guna Apa-Apa Kaedah, Kelonggaran Diberikan Buat Sarawak Dalam Sistem Pendidikan. Dilaporkan bahawa, Sarawak telah diberi kelonggaran untuk menggunakan apa-apa kaedah bagi menjadikan sistem pembelajaran di negeri ini lebih efektif dan berkesan.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, pihak beliau turut mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membincangkan keberkesanan kaedah pengajaran di sekolah.

Boleh Guna Apa-Apa Kaedah, Kelonggaran Diberikan Buat Sarawak Dalam Sistem Pendidikan
Boleh Guna Apa-Apa Kaedah, Kelonggaran Diberikan Buat Sarawak Dalam Sistem Pendidikan. Sumber foto: Sinar Harian

KPM beri Sarawak buat keputusan tentang kaedah dan sistem pendidikan

Beliau berkata, hasil pertemuan itu belum dapat didedahkan memandangkan ia masih dalam proses dan perbincangan masih berlangsung.

Mungkin secara amnya saya boleh katakan tentang beberapa penurunan kuasa… Namun saya tidak memanggilnya autonomi tetapi penurunan kuasa”, kata beliau.

Jelas beliau lagi, KPM juga memberi Sarawak sedikit kebebasan dalam membuat keputusan tentang kaedah dan sistem yang ingin gunakan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah pengajaran kita, di sini.

Oleh itu, KPM telah memberikan kerjasama dan bertanggungjawab sepanjang perbincangan ini berlangsung, tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Diuglas Uggah Embas menyempurnakan Majlis Perasmian Bazaar Gawai 2024, di MJC Batu Kawa, di sini pada Jumaat.

Boleh Guna Apa-Apa Kaedah, Kelonggaran Diberikan Buat Sarawak Dalam Sistem Pendidikan

Ada banyak lagi yang akan dibincangkan

Dalam masa yang sama, Sagah berkata bahawa pihak beliau di kementerian masih mempunyai pelbagai perkara yang akan dibincangkan bersama KPM.

Kami masih mempunyai beberapa perkara lagi untuk diselesaikan dengan mereka dan beberapa perkara perlu mendapatkan persetujuan mereka juga.

“Kita mesti mendapat persetujuan mereka kerana mereka masih menjaga pendidikan jadi, jika kita mengarahkan Jabatan Pendidikan untuk bekerjasama dengan kita, ia akan menjadi lebih mudah,” ujar beliau lagi.

Lagi artikel terkini buat anda di sini:

Perlu Mula Berfikir Macam Orang Sarawak, YB Di Sabah Puji Semangat Perpaduan Sarawak
Pelbagai Projek Baharu, Kerajaan Sarawak Tingkatkan Pendapatan Dan Ekonomi Negeri

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Ulu Tiram: Ini Sejarah Gelap Kegiatan Jemaah Islamiyah Di Malaysia Tragedi Ulu Tiram: Ini Sejarah Gelap Kegiatan Jemaah Islamiyah Di Malaysia
Next Article Joanne Lau, Pelukis Kontemporari Semi-Abstrak Dari Sibu Pamer Hasil Karya Solo Di Hoan Gallery Joanne Lau, Pelukis Kontemporari Semi-Abstrak Dari Sibu Pamer Hasil Karya Solo Di Hoan Gallery

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?