Perlu ikut langkah Sarawak, YB Munirah seru Sabah contohi semangat bersatu Sarawak
Perlu Mula Berfikir Macam Orang Sarawak, YB Di Sabah Puji Semangat Perpaduan Sarawak. Satu hantaran tular di media sosial mengenai seorang ahli politik Malaysia, YB Puan Isnaraissah Munirah memuji kesatuan dan keberanian rakyat Sarawak dalam menyuarakan kehendak mereka kepada kerajaan pusat di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, beliau mengatakan jika Sarawak mahu mendirikan institut kanser, mereka berani menyuarakannya. Oleh itu, beliau berpendapat Sabah juga sepatutnya berani meminta perkara yang sama seperti institut jantung untuk negeri itu.
“Ini akan memudahkan rakyat Sabah mendapat rawatan tanpa perlu ke Kuala Lumpur yang melibatkan kos tambahan seperti tiket penerbangan, pengangkutan dan penginapan,” ujar YB Munirah.
“Selain hospital Queen Elizabeth, institut jantung di Kota Kinabalu akan memberi kemudahan kepada rakyat Sabah.
Semua kementerian-kementerian yang penting dipegang oleh Sarawak
Beliau menegaskan bahawa Sarawak mempunyai kelebihan kerana memegang jawatan Menteri di peringkat persekutuan.
Hal ini membolehkan mereka mendapat kelulusan untuk keperluan negeri dengan lebih mudah. Oleh itu, Sabah perlu mempunyai pemikiran seperti Sarawak untuk memajukan negeri mereka sendiri.
“Mahu jadi macam orang Sarawak, perlu mula berfikir macam orang Sarawak,” tulis individu yang memuat naik hantaran tersebut menerusi kapsyen aplikasi TikTok.
