• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keluar Berdua Semasa PKP 4? Sarawak Belum Muktamadkan Keputusan

Oleh
ILB - AI
29 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Setakat ini Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak cuma membenarkan petani yang hendak ke kebun atau ke sawah padi keluar berdua

Keluar Berdua Semasa PKP 4? Sarawak Belum Muktamadkan Keputusan. Kerajaan Sarawak hari ini menyatakan mereka belum lagi membuat keputusan mengenai kebenaran 2 orang dari 1 keluarga keluar dari rumah bagi membeli barang keperluan lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Isi Isi Penting
  • Setakat ini Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak cuma membenarkan petani yang hendak ke kebun atau ke sawah padi keluar berdua
  • Belum mendapat maklumat terperinci
  • Peraturan baru sebelum ini diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan
  • Baca Juga Artikel Lain :
Keluar Berdua Semasa PKP 4? Sarawak Belum Muktamadkan Keputusan

Belum mendapat maklumat terperinci

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata setakat ini JPBNS cuma membenarkan petani yang hendak ke kebun atau ke sawah padi keluar berdua.

“Saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai perkara itu (kebenaran untuk keluar berdua dalam satu kenderaan). Di Sarawak buat masa ini kita hanya membenarkan petani yang turun menuai padi boleh berteman atau membawa seorang penumpang dalam satu kenderaan.

“Bagi orang umum (selain petani), belum. Kita masih tunggu dahulu,” 

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Peraturan baru sebelum ini diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan. Walau bagaimanapun warta persekutuan itu menyebut individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan ahli keluarga dari kediaman yang sama.

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, yang telah dikemaskini membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah.

Versi sebelum ini menyatakan bahawa individu yang ingin membeli barang keperluan di kawasan yang dijangkiti “tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain.”

Peraturan yang dikemaskini itu juga memperluas barangan yang boleh dibeli oleh orang ramai. Peraturan sebelum ini menyatakan bahawa orang ramai hanya boleh meninggalkan rumah mereka untuk membeli “makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian.”

Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebulan Hibernasi, Mulai Hari Ini AirAsia Mula Terbang Kembali
Next Article PKP Menimbulkan Kemarahan Pemiutang Terhadap Penghutang Yang Tak Membayar Balik Demam PKP Timbulkan Kemarahan Pemiutang Terhadap Penghutang Yang Tak Reti Bayar Balik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?