Aaa… tak hairan lah perkara ini akan berlaku
Demam PKP Timbulkan Kemarahan Pemiutang Terhadap Penghutang Yang Tak Reti Bayar Balik. Sepanjang PKP ini yang sudah dilanjutkan hampir 2 bulan, banyak drama boleh dilihat dalam media sosial.
Terdahulu isu artis minta bantuan khas, netizen mengenal pasti siapakah pencetus COVID-19 dalam negara, isu pekerja bank yang menjangkitkan orang lain akibat tidak kuarantinkan diri, dan banyak lagi. Kini, dapat dilihat para pemiutang pun sudah berbunyi mengenai sikap penghutang yang tak membayar hutang. Of course, semua orang dah mula merasai perit sikit, lagi-lagi mun pasal isu kewangan kan?
Kemarahan yang menghiburkan netizen lain, namun mempunyai fakta
Baru-baru ini, banyak pengguna media sosial sudah mulai memuatkan status meluahkan perasaan tak puas hati dengan sikap penghutang yang buat tak tahu tentang hutang yang belum langsai. Kebanyakkan dari mereka bersuara ketika duit bantuan sudah diagih oleh kerajaan dan bagi pandangan mereka, ia tiada alasan untuk tidak menyelesaikan hutang yang dihutang oleh mereka kepada pemiutang.
Bukan sahaja berbunyi dari status, malah beberapa individu juga meluahkan perasaan mereka terhadap penghutang masing-masing yang sampai sekarang tidak membayar hutang mereka dalam ruangan komen.
Alamak… isu duit memang sensitif kinek. Semua rasa susah zaman nektok, siapa sik itok pasal hal duit kan? Sebagai nasihat, sekiranya anda berhutang dengan sesiapa, amalkan pembayaran balik sekiranya sudah mampu.
Tak perlu bayar one lump sum pun tak apa, asalkan ada usaha disana untuk membayar sikit demi sedikit. Semoga para penghutang mengambil ini sebagai pengajaran dan kepada para pemiutang, diharapkan anda semua bersabar dan semoga urusan anda dipermudahkan. Difahamkan semua tak senang sekarang, jadi sama-sama lah kita semua tolong sama diri ok?