• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kemalangan Ketika Beli Cincin Pertunangan, Lelaki Maut Bakal Tunang Pula Cedera Parah

Oleh
Husna Hazmi
14 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Kedua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang daripada membeli cincin pertunangan.

Kemalangan Ketika Beli Cincin Pertunangan, Lelaki Maut Bakal Tunang Pula Cedera Parah. Malang memang tidak berbau, dilaporkan bahawa seorang lelaki maut manakala bakal tunangnya pula dalam keadaan parah setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 105 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Terminal Mentah (TCOT) dekal Kerteh, malam tadi.

Dalam trgedi yang berlaku kira-kira jam 11 malam berkenaan, Muhammad Aliff Hafizzudin Samsul, berusia 24 tahun, dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Kemalangan Ketika Beli Cincin Pertunangan, Lelaki Maut Bakal Tunang Pula Cedera Parah
Kemalangan Ketika Beli Cincin Pertunangan, Lelaki Maut Bakal Tunang Pula Cedera Parah

Dalam perjalanan menghantar bakal tunang selepas beli cincin pertunangan

Ketika kejadian, Muhammad Aliff dikatakan dalam perjalanan menghantar bakal tunangnya untuk pulang ke rumah selepas membeli cincin untuk majlis pertunangan mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa menaiki kereta dari arah Kerteh menghala ke Dungun.

Beliau menjelaskan bahawa kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Dungun ke Kemaman dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

Kemalangan Ketika Beli Cincin Pertunangan, Lelaki Maut Bakal Tunang Pula Cedera Parah

Kedua-dua mangsa tersepit dalam kereta yang remuk dan terbalik. Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan oleh anggota bomba dan Muhammad Aliff disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata beliau.

Al-fatihah dibaca dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati
Niat Bersuka Ria Bersama Rakan Bertukar Tragedi Di Sibu, Dua Remaja Hilang Ditemui Lemas
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Bersuka Ria Bersama Rakan Bertukar Tragedi Di Sibu, Dua Remaja Hilang Ditemui Lemas
Next Article Hidang Lebih 66 Jenis Kek Lapis, Rumah Terbuka Di Kampung Melayu Engkilili Ini Tarik Perhatian Netizen Hidang Lebih 66 Jenis Kek Lapis, Rumah Terbuka Di Kampung Melayu Engkilili Ini Tarik Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?