• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati

Oleh
Husna Hazmi
14 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh telah membunuh adik kandungnya sendiri.

Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati. Dilaporkan bahawa, seorang bekas pemain ragbi Sabah yang masih aktif bermain bersama sebuah kelab tempatan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Kota Kinabalu, atas tuduhan membunuh adik perempuan kandungnya pada minggu lalu.

Arden Mattson Maturin yang berusia 26 tahun, dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun untuk pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati
Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati

Tiada pengakuan direkodkan setakat ini

Setakat ini, tiada pengakuan direkodkan oleh mahkamah yang kemudiannya menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Albert Basiri, manakala tertuduh pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Arden didakwa membunuh adiknya, Audrey, berusia 24 tahun, antara jam 3.30 petang hingga 4.30 petang di rumah Nombor 10, Taman Prestij, Jalan Signall Hill, Kota Kinabalu, pada 4 Mei lalu.

Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati

Mangsa ditemui oleh bapanya

Sebelum ini, dilaporkan mangsa telah ditemui oleh bapanya kira-kira jam 4.50 petang hari yang sama dalam keadaan tertiarap, berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan pada bahagian muka.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE2) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam Sabtu lalu selepas dua hari dirawat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Demi Konten, Youtuber Rancang Nahas Pesawat Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun
Pegawai Senior Bomba Sarawak Ditahan Di Kuching Atas Tuduhan Rasuah
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menarik Pada Bulan Ini, Miri Food Festival Bakal Berlangsung Dengan Pelbagai Makanan Best Dan Sedap Menarik Pada Bulan Ini, Miri Food Festival Bakal Berlangsung Dengan Pelbagai Makanan Best Dan Sedap
Next Article Sempena Kaamatan Tak Lama Lagi, Anak Sabah Ini Pakai Baju Tradisional Di Puncak Gunung Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?