• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kemasukan Ke Sabah Tak Perlu Kuarantin, Ini 5 Perkara Utama Yang Terkini Tentang SOP Fasa 2 PPN Sabah

Oleh
Ismail NA
5 Oktober 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

SOP ini adalah berdasarkan kemas kini terbaharu 4 Oktober 2021, Isnin.

Kemasukan Ke Sabah Tak Perlu Kuarantin, Ini 5 Perkara Utama Yang Terkini Tentang SOP Fasa 2 PPN Sabah. Hello orang Sabah! Apa khabar kamurang? Semalam, terdapat kemas kini terbaharu yang telah dikeluarkan oleh MKN Sabah untuk PPN Fasa 2 yang kini sedang dilaksanakan di Sabah. Ada beberapa perkara utama yang perlu anda tahu tentang SOP terbaharu ini. Antaranya telah kami ringkaskan seperti berikut;

Isi Isi Penting
  • SOP ini adalah berdasarkan kemas kini terbaharu 4 Oktober 2021, Isnin.
  • 1. Beberapa daerah di Sabah kini dibahagikan kepada 5 zon
  • 2. Kemasukan ke Sabah kini dibenarkan untuk membuat ujian RTK Antigen (Swab atau saliva)
  • 3. Individu lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib
  • 4. Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan untuk pengunjung dalam zon yang sama atau Gelembung Perjalanan sahaja
  • 5. Operasi panggung wayang dibenarkan buka
  • Sementara menunggu boleh melancong semula, jum baca fakta menarik tentang destinasi pelancongan di Sabah :

1. Beberapa daerah di Sabah kini dibahagikan kepada 5 zon

Beberapa daerah di Sabah akan dibahagikan kepada 5 zon seperti berikut;

i. Zon 1 – Kota Kinabalu,Penampang,Putatan,Tuaran,Ranau dan Kota Belud
ii. Zon 2 – Beaufort,Sipitang dan Kuala Penyu
iii. Zon 3 – Kudat,Kota Marudu,Pitas dan Beluran
iv. Zon 4 – Lahad Datu dan Kunak
v. Zon 5 – Keningau,Tambunan dan Tenom

Kemasukan Ke Sabah Tak Perlu Kuarantin, Ini 5 Perkara Utama Yang Terkini Tentang SOP Fasa 2 PPN Sabah
Bandaraya Kota Kinabalu. Kredit : Firdaus Latif via MalayMail

Manakala daerah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district) memandangkan daerah ini masih belum mencapai 60% kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Pergerakan rentas zon atau keluar dari daerah bagi stand alone district memerlukan surat pengesahan (kecemasan, pendidikan) atau surat majikan untuk tujuan pekerjaan.

2. Kemasukan ke Sabah kini dibenarkan untuk membuat ujian RTK Antigen (Swab atau saliva)

Selain daripada ujian RT-PCR, kemasukan ke negeri Sabah kini sudah boleh menggunakan ujian RTK Antigen (swab atau saliva). Walau bagaimanapun, keputusan mestilah negatif dan disahkan oleh klinik atau makmal yang melakukan ujian tersebut. Tempoh sah laku ujian RTK Antigen adalah 1 hari sebelum masuk ke Sabah.

Bagi ujian RT-PCR, mekanisme masih kekal sama dengan keputusan ujian mestilah negatif, disahkan oleh klinik atau makmal yang melakukan ujian tersebut serta tempoh sah laku 3 hari sebelum masuk ke Sabah.

Kemasukan Ke Sabah Tak Perlu Kuarantin, Ini 5 Perkara Utama Yang Terkini Tentang SOP Fasa 2 PPN Sabah
Kemasukan Ke Sabah Tak Perlu Kuarantin, Ini 5 Perkara Utama Yang Terkini Tentang SOP Fasa 2 PPN Sabah. Kredit : AP Photo/Hassene Dridi

Setakat ini, hanya rakyat Sabah, pemastautin tetap dan individu yang mempunyai urusan rasmi atau kecemasan sahaja dibenarkan untuk memasuki negeri tersebut serta mempunyai permit rentas negeri daripada PDRM.

3. Individu lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib

Sabah juga telah menguatkuasakan pemansuhan kuarantin wajib untuk individu yang telah lengkap divaksin ke Sabah. Walau bagaimanapun, individu yang belum lengkap divaksin, individu bergejala sewaktu saringan di pintu masuk dan kemasukan dari luar negara masih tertakluk kepada arahan kuarantin wajib.

Kemasukan Ke Sabah Tak Perlu Kuarantin, Ini 5 Perkara Utama Yang Terkini Tentang SOP Fasa 2 PPN Sabah
Kredit : BERNAMA

Takrifan lengkap divaksin : Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Cormirnaty (Pfizer BioNTech) COVID 19 AstraZeneca (Oxford AstraZeneca),
CoronaVac (Spikevax dan Covilo), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke 14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Bagi jenis vaksin yang memerlukan 1 dos suntikan seperti COVID 19 Janssen (Johnson Johnson) dan Convidecia (CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke 28 hari dari tarikh suntikan.

4. Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan untuk pengunjung dalam zon yang sama atau Gelembung Perjalanan sahaja

Kesemua destinasi dan tapak pelancongan dibenarkan buka untuk pelancongan domestik dari zon yang sama atau gelembung perjalanan sahaja. Bagi gelembung perjalanan, pelancong, pengusaha pelancongan dan pekerja termasuk pekerja hotel dan homestay mestilah telah lengkap divaksin, berstatus risiko rendah COVID-19 pada aplikasi MySejahtera dan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Kemasukan Ke Sabah Tak Perlu Kuarantin, Ini 5 Perkara Utama Yang Terkini Tentang SOP Fasa 2 PPN Sabah
Kredit : borneoinsidersguide.com

5. Operasi panggung wayang dibenarkan buka

Aktiviti tayangan di panggung wayang seluruh Sabah dibenarkan untuk beroperasi semula dengan syarat pekerja dan penonton telah lengkap divaksin. Mereka juga dikehendaki mempamerkan status risiko rendah COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Kapasiti dewan tayangan juga dihadkan kepada 50% sahaja.

Diharap dengan ringkasan ini, sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada anda tentang apa yang boleh anda lakukan seterusnya. Anda boleh merujuk SOP penuh PPN FASA 2 Sabah di pautan ini :

SOP PPN FASA 2 SABAH KEMASKINI 4 OKTOBER 2021Download

Sentiasa patuh SOP dan kekalkan penjarakan sosial sepanjang masa. Kita jaga kita.

Sementara menunggu boleh melancong semula, jum baca fakta menarik tentang destinasi pelancongan di Sabah :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Twitter Dibanjiri Meme Lucu Sindir Gangguan 6 Jam Yang Dialami Oleh Facebook, IG Dan WhatsApp Twitter Dibanjiri Meme Lucu Sindir Gangguan 6 Jam Yang Dialami Oleh Facebook, IG Dan WhatsApp
Next Article Uggah : Sekatan Jalan Dibubarkan Esok, Perjalanan Rentas Daerah Tidak Lagi Memerlukan Permit Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?