• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Uggah : Sekatan Jalan Dibubarkan Esok, Perjalanan Rentas Daerah Tidak Lagi Memerlukan Permit Polis

Oleh
Ismail NA
5 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi JPBNS setelah dihubungi akhbar tempatan hari ini.

Uggah : Sekatan Jalan Dibubarkan Esok, Perjalanan Rentas Daerah Tidak Lagi Memerlukan Permit Polis. Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengesahkan pembubaran sekatan jalan raya untuk tujuan larangan rentas daerah di seluruh Sarawak. Ini juga bermakna bahawa urusan perjalanan rentas daerah juga dibenarkan tanpa memerlukan permit kebenaran daripada PDRM.

Pemansuhan larangan rentas daerah ini berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi, 6 Oktober 2021 (Khamis). Beliau mengesahkan berita yang tular itu semasa dihubungi oleh akhbar tempatan, The Borneo Post hari ini.

Uggah : Sekatan Jalan Dibubarkan Esok, Perjalanan Rentas Daerah Tidak Lagi Memerlukan Permit Polis
Uggah : Sekatan Jalan Dibubarkan Esok, Perjalanan Rentas Daerah Tidak Lagi Memerlukan Permit Polis. Gambar hiasan. Kredit : BERNAMA

Walau bagaimanapun, sekatan jalan raya di kawasan yang diisytiharkan PKPD dan sekatan jalan raya benteng masih dilaksanakan seperti biasa. Keputusan ini adalah berdasarkan agenda mesyuarat JPBNS bertarikh 4 Oktober 2021 yang telah dipersetujui. Arahan tersebut akan diumumkan secara rasmi oleh JPBNS petang ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP, memakai pelitup separuh muka dan mengelakkan tempat yang sesak sepanjang masa bagi terus mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Sabah turut mengeluarkan kemaskini SOP terbaharu PPN Fasa 2 semalam. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemasukan Ke Sabah Tak Perlu Kuarantin, Ini 5 Perkara Utama Yang Terkini Tentang SOP Fasa 2 PPN Sabah
Next Article 2 ‘Abang Sado’ Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?